Kenyataan Solidarity Untuk
Kesatuan RUM dan Pekerja
Dari Kesatuan Kebangsaan NUFAM
Bantahan Kesatuan NUFAM Terhadap Tindakan Pembuangan Kerja Ke Atas Pegawai-Pegawai Kesatuan KTMB Dan Ahli Ahli Kesatuan RUM.
Kesatuan
NUFAM ingin menyatakan kekesalan atas tindakan pengurusan KTMB
mengambil tindakan disiplin terhadap 100 pegawai dan ahli Kesatuan RUM.
Sebagai
Kesatuan sekerja pengangkutan di Malaysia, NUFAM membantah
sekeras-kerasnya ke atas tindakan pemecatan Presiden dan Timbalan
Kesatuan RUM dan tindakan tata tertib yang telah diambil oleh syarikat
KTMB ke atas 100 ahli Kesatuan RUM.
Ini
dengan jelasnya bertentangan dengan landasan di dalam Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Kerja 1959 yang menyatakan hak
pegawai-pegawai kesatuan boleh menjalankan tugas-tugas mereka sebagai
sebuah kesatuan pekerja di KTM.
Kesatuan
NUFAM berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera agar
keharmonian di tempat kerja dapat dipeliharakan dan juga mengaharap
pengurusan KTMB dapat menarik balik segala tindakan yang telah diambil
ke atas pegawai-pegawai kesatuan dan pekerja mereka.
Kami
berharap pihak pengurusan KTMB akan lebih hormati dengan hak Kesatuan
Pekerja dan memberi lebih keprihatinan untuk mengekalkan keharmonian di
tempat kerja dengan sentiasa bekerjasama dan berpegang kepada prinsip
bermusyawarah (tripatite) di antara majikan, pihak kesatuan dan
pekerja.
Sekian. Harap Maklum.
Yang benar,
Mohd Akram Osman
Setiausaha Agung
NUFAM
No comments:
Post a Comment