JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)
No 72B, Jalan Langat 1, Taman Sri Langat, 43000 Kajang, Selangor. Tel/Fax: 03-87370766 www.jerit.org
KENYATAAN AKHBAR: 9 SEPTEMBER 2014
KTMB – Jangan Aniaya Kesatuan KTM!
Jaringan
Rakyat Tertindas (JERIT) amat kesal dengan tindakan Keretapi Tanah
Melayu Berhad (KTMB) yang telah memecat 2 pimpinan tertinggi Kesatuan
KTM iaitu Presiden dan Timbalannya dengan serta merta. Alasan yang
diberikan oleh KTMB adalah kerana mereka telah terlibat dalam piket pada
9 Mei 2014 yang menuntut presiden
KTMB, Elias Kadir meletak jawatan. JERIT mengutuk keras tindakan
pemangsaan pimpinan kesatuan ini kerana tindakan membuat piket tersebut
adalah sah di sisi undang-undang dan satu cara untuk kesatuan sekerja
menuntut hak pekerja.
Kesatuan
KTM adalah salah satu kesatuan yang progresif di mana perjuangan
pekerja-pekerja KTM pada tahun 1960an begitu hangat di Malaya. Pekerja
kesatuan ini pernah melibatkan mogok selama 23 hari untuk menuntut
kenaikan gaji dan menolak sistem kerja kontrak. Perjuangan Kesatuan KTM
ini menang setelah Kerajaan menunaikan tuntutan mereka iaitu gaji
dinaikkan dan sistem gaji harian ataupun sistem kontrak dihapuskan.
Sehingga
kini, pimpinan KTM dan perjuangan pekerja-pekerja KTM terus progresif
dan mara ke depan. Jadi, Kesatuan KTM telah terlibat aktif dalam kempen
menjatuhkan Presiden KTMB yang menunjukkan prestasi kerja yang tidak
mendatangkan keuntungan kepada KTMB
Kesatuan
KTM membuat satu tuntutan yang sah demi kebaikan organisasi dan masa
depan pekerja. Adalah tidak wajar bagi pihak majikan, iaitu KTMB
membuang pimpinan dan melanggar semangat keharmoian industri.
Maka,
kami JERIT bersolidariti dengan pimpinan kesatuan dan keseluruhan
pekerja-pekerja kesatuan KTMB dan mengecam tindakan KTMB dan menuntut
menarik balik pembuangan Presiden KTM dan timbalannya dengan serta
merta, dan menghormati keharmonian industry serta hak pekerja.
HidupPekerja, Hidup Perjuangan Pekerja.
Dikeluarkan oleh,
Sivaranjani Manikam
JERIT
JARINGAN RAKYAT TERTINDAS(JERIT)
No comments:
Post a Comment