Mengapa Islam Menggalak Kesatuan Sekerja
Pandangan
lslam terhadap buruh atau kesatuan sekerja amat mendukacitakan.
Kebanyakan pemikir-pemikir Islam kurang arif tentang hal perburuhan.
Minoritinya telah menulis secara mudah dan juiur akibat dari kurang
pendedahan. Kisah-kisah Nabi Nuh sebagai tukang kayu, Nabi ldris sebagai
tukang jahit, Nabi Musa dan Nabi Muhamnad sebagai pengembala kambing.
Dua atau tiga Hadis mengenai pekerjaan selalu disebut tetapi ini
sahajalah bahan mengenai perburuhan yang dimiliki oleh para pemikir
Islam tradisional. Kebanyakan daripada mereka yang telah menulis
mengenai perburuhan cuba mengelak daripada menyebut isu kesatuan sekerja
seolah-olah perkara tersebut adalah menjadi pantang-larang. Malahan
setengah daripada mereka percaya bahawa kesatuan sekerja tidak selaras
dengan lslam dan peraturan-peraturannya.
Sikap ini tidak berasas sekali dan sebab utamanya ialah kerana mereka
kurang arif dan kurang pendedahan terhadap isu kesatuan sekerja. Mereka
tidak mendapati apa-apa rujukan mengenainya di kitab-kitab Fiqh, Hadis
atau Tafsir yang ditulis 10 abad yang lalu. Kesudahannya, terjadilah
suatu jurang pemisahan yang besar diantara pemikir-pemikir Islam moden
dan pemikir-pemikir Islam tradisional mengenai isu yarg penting ini.
Inilah sebab utamanva dan bukannya perbezaan di antara nilai Islam dan
kewujudan kesatuan sekerja.
Organisasi-organisasi Ketukangan Dalam Islam
Organisasi-organisasi ketukangan (Guilds)
(pendahulu kepada kesatuan sekerja) telah lama wujud dalam masyarakat
lslam sejak awal abad ketiga lagi. lbn Battuta (1304-1378M) yang
menjelajahi dunia di sebelah sini sebelum Marco Polo menulis tentang
Goudia atau Karmia di bandar-bandar lslam di Asia yang dilawatinya.
Persatuan-persatuan ini digelar Persaudaraan dan fraternitas. Ianya
diorganisasikan mengikut seni kemahiran ketukangan masing-masing.
Tiap-tiap persatuan mempunyai masjidnya tersendiri yang digunakan
sebagai ibu pejabat dan tapak untuk majlis-majlis dan perayaan-perayaan.
lbn Battuta menyatakan akan kekagumannya akan dengan adat resam serta
layanan ramah mesra mereka. Jalinan yang erat diantara pertubuhan ini
dengan Ahli-ahli Sufi sungguh ketara. Setiap bidang ketukangan mempunyai
sheikh atau imamnya tersendiri. Pertubuhan ini juga mempunyai hubungan
rasmi dengan Al-Mutasib, pegawai awam yang bertanggungiawab dalam hal
ehwal pemasaran. Ia mengawal kemahiran (pekerjaan), mengeluarkan polisi
serta mewakili pemilik-pemilik (majikan), pekerja dan apperantis. Tiada
siapa boleh menubuhkan “woksyop” tanpa kebenaran daripada pertubuhan
ini. Majlis akan diadakan untuk meraikan ahli-ahli baru. Majlis
dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan doa dibacakan untuk kesejahteraan
semua dan diakhiri dengan doa untuk Nabi Muhammad S.A.W.
Organisasi-organisasi ini wujud hingga ke awal kurun ke-19. Menurut Ali
Pasha Mubarik (1823-1893) dianggarkan ada 198 persatuan di Kaherah dalam
separuh abad ke-19 dengan jumlah ahli persatuan sebanyak 360,489 orang.
Dimasa inilah berakhir satu adat dan tradisi dimana majlis menerima
pekerja baru mengikut lunas-lunas Islam. Di dalam majlis ini bacaan
al-Quran diperdengarkan dan peserta baru dikalung lengannya dengan
gelang dan diakhiri dengan doa selamat untuk sheikh dan nabi Muhammad
S.A.W.
Hubungan antara persatuan-persatuan ini dan Tarikat Sufi sebagai satu
pihak dengan Al-Mutasib sebagai pihak yang lain membuktikan bukan sahaja
persatuan ini diakui sah didalam tamadun Islam dari abad ke-3 hingga
abad ke-13 tetapi juga memainkan peranan yang berguna kepada ahlinya,
pelanggan-pelanggan, industri itu sendiri dan masyarakat secara umumnya.
Memang ada perbezaan di antara organisasi-organisasi ketukangan ini
dengan kesatuan sekerja moden akan tetapi pada dasarnya adalah sama.
Masing-masing mewakili ahli-ahlinya dan mempertahankan hak-hak mereka.
Jika fungsi ini tidak selaras dengan prinsip-prinsip Islam mengapa
masyarakat Islam menerimanya selama 10 abad mengiktiraf dan yakin dengan
kewujudannya untuk berfungsi sebagai agen pembangunan di dalam
masyarakat tersebut.
Matlamat Kesatuan Sekerja: Keadilan
Jika kita ingin menerangkan matlamat kesatuan sekerja dalam satu
perkataan; perkataannya ialah keadilan. Kesatuan sekerja ditubuhkan
untuk menegakkan keadilan hakiki. Kesatuan sekerja ditubuhkan untuk
menghalang ketidakadilan dan membolehkan pekerja hidup dengan selesa.
Jika matlamat utama kesatuan sekerja ialah keadilan begitu juga matlamat
Islam. Mengapa? Kerana lslam bukan hanya agama untuk beribadat sahaja.
Ia merangkumi aspek-aspek sosial, dan potitik sebagai Ad-din mengharam
kezaliman dan riba dan menggerakkan Al-syura dan zakat adalah
contoh-contoh jelas prinsip-prinsip Islam di dalam politik dan ekonomi.
Keadilan adalah dasar utama Islam dan inilah yang membezakan Islam
dengan agama-agama yang lain.
Islam mengiktiraf hak-hak orang ramai untuk hidup tanpa lapar dan
ketakutan. Dan menganggap ianya satu sebab untuk memuja tuhan, “Maka
hendaklah mereka menyembah tuhan Kaabah ini (ALLAH) yang telah memberi
makan kepada mereka kerana kelaparan dan telah mengamankan mereka
daripada ketakutan” (Surah Quraisy: ayat 3 & 4). Dari segi
politiknya perjuangan kesatuan sekerja khusus untuk mendapatkan makanan
bagi mencegah kelaparan dan keselamatan dari ketakutan. Apabila Nabi
Muhammad S.A.W melihat orang fakir Arab berpakaian koyak-rabak, baginda
merasa sungguh malu sehingga merah mukanya, pemandangan begini sudah
tentu membuat pemerintah Islam malu. Adalah menjadi tanggungjawab negara
untuk memberi keadilan melalui undang-undang sedangkan
individu-individu dan persatuan cuma boleh mengajarkan kebaikan sahaja.
Para Fuqaha ada menyatakan bahawa keadilan pemerintahan kafir lebih baik
daripada pemerintahan Islam yang zalim kerana fungsi utama negara Islam
adalah untuk menegakkan keadilan. Jadi bila kesatuan sekerja berdiri
teguh dibelakang orang-orang miskin dan memperjuangkan keadilan, mereka
sebenarnya memperjuangkan cita-cita dan tradisi Islam. Isu-isu yang
perlu dibincangkan di sini, adakah keadilan yang dituntut oleh kesatuan
sekerja sesuai dengan konsep keadilan yang dituntut oleh Islam. Konsep
keadilan yang dituntut oleh kesatuan sekerja adalah mempunyai elemen
yang sangat subjektif. Walaubagaimanapun keadilan yang dituntut oleh
orang-orang miskin membuat ianya hampir dengan keadilan Islam.
lslam boleh memberi sunbangan ke arah untuk menyelesaikan krisis
kesatuan sekerja apabila kesatuan sekerja Islam membuat tuntutan di atas
dasar keadilan Islam, mereka akan memperolehi kesahihan, perundangan
yang bercorak dan mirip kepada lslam. Ini bertetapan dengan apa yang
dilaungkan oleh Konfederasi Buruh Islam Antarabangsa.
Hak untuk Berkesatuan
Setengah pemikir Islam berpendapat Islam melarang pekerja dari
bergabung. Islam bukan hanya mengiktiraf pergabungan malahan
menggalakkannya. Adalah diketahui umum bahawa Islam memuji perkumpulan
dan menggalakkan umatnya bersembahyang berjemaah. Logiknya apabila
individu-individu berkumpul kesemua mereka akan melupakan kepentingan
peribadi masing-masing dan berjuang ke arah keadilan. Jemaah akan
menghapuskan sikap pentingkan diri sendiri, satu dosa dalam semua agama.
Islam mengajar umatnya bekerjasama dalam semua hal dan mengucapkan
salam diantara satu sama lain. Apabila pekerja-pekerja bersatu untuk
menyelesaikan masalah mereka bersama mereka telah mengikut peraturan dan
petunjuk Islam.
Hak untuk Pemulauan dan Mogok
Islam membolehkan kesemua orang yang dinafikan haknya yang dilindungi
dibawah undang-undang, dilayani dengan buruk, dan dizalimi
mempertahankan hak mereka. Atas prinsip inilah jihad diwajibkan oleh
Islam. lni telah dihuraikan dengan jelas di dalam ayat 39, Surah Al-Haj
dimana perang dihalalkan. “Telah
diizinkan (berperang) ke atas orang-orang yang diperangi, disebabkan
mereka teraniaya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa menolong mereka itu.” Dan seterusnya ayat 42 al-Syura “Hanya
ada jalan terhadap orang-orang yang aniaya kepada manusia dan berbuat
bencana kepada muka bumi tanpa kebenaran untuk mereka, seksa yang pedih.”
Dari ayat tersebut serta banyak ayat-ayat tersebut, lslam dengan jelas
memberi hak kepada seseorang untuk mempertahankan hak dan kebebasan.
Seorang Fuqaha yang terkenal Tag El Din Abdul Wahab al-Subky (wafat
777M) telah menulis satu buku mengenai tanggungjawab pekerja untuk
menghindar dari terlibat dengan keria-kerja yang bercanggah dengan
hukum-hukum Islam. Dia menyebut pegawai penjara wajib menolong
membebaskan banduan iika ianya benar-benar dianiayai. Tukang gantung
tiduk menggantung pesalah jika didapati pesalah sengaja dianiaya – jika
tidak dia akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak. – Tukang tidak boleh
menggunakan kulit babi dan seterusnya “Tidak dibenarkan mematuhi perintah manusia jika ianya bercanggah dengan perintah Tuhan.” Tuhan tidak menerima pengabdian makhluknya jika ia menyalahi hukum Allah. lni ielas didapati dikebanyakan surah Al-Quran.
Pekerjaan dalam Islam ditadbir mengikut lunas-lunas Islam. Majikan dan
pun pemerintah tidak boleh menyuruh pekerja membuat kerja yang
bercanggah dengan lslam. Jika ini berlaku adalah menjadi hak dan
tanggungjawab pekerja untuk mengelak dari melakukannya. Kita boleh
menyatakan dengan yakin bahawa semua bentuk eksploitasi adalah
bercanggah dengan ajaran Islam, dan pekerja berhak menentang eksploitasi
tersebut secara damai.
Sekarang mari kita perjelaskan satu suku kata yang dibenci dan ditakuti
iaitu mogok. Tindakan mogok dilakukan oleh pekerja-pekerja apabila semua
saluran untuk perbincangan sudah buntu. Jika Islam memberi muslimin hak
untuk mempertahankan tuntutan rnereka maka lslam tidak menghalang
tindakan pasif seperti mogok. Tiada siapa yang boleh menyatakan dasar
Islam tidak mengiktiraf mogok di dalam konteks masyarakat kapitalis ini.
Yang penting bukan tekniknya akan tetapi niat dan tujuannya untuk
menuntut keadilan. Jika ianya menepati dengan keadilan, Islam bukan
hanya membenarkan malah menggalak tindakan tersebut.
Mogok adalah pertikaian perusahaan yang boleh mengakibatkan kekacauan,
kemusnahan dan kehilangan harta benda. Ianya satu hukuman terhadap
golongan kapitalis. Dalam ketiadaan keadilan Islam, mereka tiada
pilihan. Jika keadilan Islam diaplikasikan di dalam undang-undang, mogok
tidak perlu diadakan kerana keadilan Islam menjamin hak-hak para
pekerja dilindungi. Jika ada percanggahan, mahkamah boleh
memperbetulkannya.
Perjanjian Kolektif
Di dalam Islam ianya mengiktiraf kebebasan pihak-pihak yang terlibat
dalam semua urusan atau transaksi sama ada dalam urusan jual beli dsb.
lslam mengiktirafnya sekiranya ia menepati prinsip-prinsip dan peraturan
Islam. Islam menekankan unsur-unsur kebebasan dan keadilan untuk
kedua-dua pihak yang membuat perjanjian. Mesti bebas dari elemen-elemen
paksaan dan menepati dengan kehendak peraturan-peratuan lslam.
Jika perjanjian itu dibuat di mana terdapat unsur-unsur paksaan atau
penindasan atau ada di antara pihak yang terpaksa akur atau ia
mengandungi unsur-unsur yang tidak halal maka perjanjian tersebut tidak
dianggap sah disisi undang-undang. Bila kita membicarakan soal
perjanjian diantara majikan dan pekerja, ia cukup jelas bahawa pekerja
tidak setaraf dengan majikan. Dia tidak mempunyai hak walaupun
memilikinya di segi undang-undang.
Pekerja perlu makan dan membantu keluarganya. Dia tidak mempunyai
apa-apa cuma punyai tenaga empat kerat untuk bekerja keras atas
syarat-syarat yang ditentukan oleh majikannya. Dia tidak mempunyai kuasa
kerana tidak setanding dengan majikannya dan sentiasa di bawah tekanan
sosial. Mereka juga tidak mempunyai kuasa tawar-menawar. Di sana
terdapat perjanjian bertulis yang mereka terpaksa akur jika mereka ingin
bekerja. Mereka tidak boleh mengubah suai mana-mana perjanjian
tersebut. Mereka terpaksa menerima keseluruhan perjanjian itu atau jika
tidak mereka akan hilang peluang menerima tawaran pekerjaan itu.
Pekerja terpaksa bekerja dan tiada pilihan lain, terpaksa menerima
perjanjian itu walaupun ianya tidak adil. Perjanjian ini digelar
“perjanjian berat sebelah.” Ianya tidak menepati prinsip-prinsip Islam.
Seorang ulama yang muktabar Syahuda Abdul Kadir Auda di dalam bukunya
Syariat Islam dan Undang-undang Moden memetik surah A1- Baqarah ayat 282
yang menerangkan dengan terperinci kaedah-kaedah perjanjian Islam.
Ayatnya seperti berikut: “Hai
orang-orang yang beriman, apabila akan membuat perjanjian untuk masa
depan dengan satu sama lain hingga masa yang ditetapkan, hendaklah kamu
tuliskan dan hendaklah seorang penulis di antaramu menuliskannya dengan
keadilan. Janganlah enggan penulis itu menuliskannya. Sebab itu
hendaklah ia menuliskan dan hendaklah membacakan orang yang membuat
perjanjian dan hendaklah ia takut kepada Allah dan janganlah dikurangkan
hak orang sedikit pun. Kalau orang yang membuat perjanjian itu bodoh,
lemah atau tiada kuasa membacakan, hendaklah walinya membacakan dengan
keadilan. Persaksikanlah orang yang membuat perjanjian itu dengan 2
orang saksi lelaki dan jika tidak ada 2 orang saksi lelaki cukuplah
seorang lelaki dan 2 orang perempuan di antara orang-orang yang kamu
sukaii menjadi saksi, kerana jika lupa salah seorang di antara keduanya,
teringat orang yang lain, jangan enggan saksi-saksi itu bila mereka
dipanggil orang. Janganlah kamu malas menuliskan perjanjian itu, baik
sedikit ataupun banyak hingga sampai janjinya.”
Mohamad Asad di dalam bukunya “The Message of Quran” menterjemahkan ayat yang bermula dengan:
“Tuliskan perjanjian” dan selanjutnya “Tulis dengan keadilan…”
Daripada surah ini kita boleh mentafsirkan seperti berikut:
1. Perjanjian mesti bertulis.
2. Penulis berkecuali – bukan satu atau dua belah pihak – diamanahkan
untuk menulis perjanjian itu. Mereka mesti membuatnya dengan keadilan.
3. Pihak “yang lemah” (tiada kuasa) mesti diberi kuasa untuk menentukan
syarat-syarat perjanjian tersebut. Antara pekerja dengan majikan,
pekerja adalah pihak yang lemah. Biasanya majikan yang mengutarakan
syarat-syarat di dalam perjanjian bukannnya pekerja. Peraturan ini jelas
bercanggah dengan surah ini.
4. Jika pihak yang berkenaan dengan perjanjian itu lemah atau kurang
arif dan tidak mampu mengusulkan syarat-syarat, biarlah walinya
membuatkan syarat-syarat tersebut. Peraturan ini sama seperti peraturan
yang sebelumnya dan adalah sangat mustahak.
Mohamad Asad menerangkan makna lemah atau pihak yang tidah berkeupayaan
di dalam pekerjaan. “Kerana mereka adalah lemah dari segi fizikal atau
tidak memahami sepenuhnya istilah-istilah perniagaan yang digunakan di
dalam perjanjian tersebut. Atau tidak fasih dengan bahasa yang digunakan
di dalam perjanjian itu.” lnilah keadaan sebenar yang dialami oleh
pekerja-pekerja sekarang ini.
Pekerja lemah disegi keadaannya sendiri: dia kurang arif dan tidak faham
istilah-istilah yang ditulis di dalam perjanjian itu. Kebanyakan
pekerja di negara-negara membangun termasuk di dalam golongan ini. Jadi
penjaga perlu diamanahkan untuk menetapkan syarat-syarat bagi pihak
pekerja. Tidak ada penjaga yang lebih sesuai untuk tugas ini selain
daripada kesatuan sekerja.
Pada kesimpulannya surah diatas menegaskan tanpa ragu-ragu lagi bahawa
perjanjian yang diputuskan oleh majikan terang-terang bercanggah dengan
konsep yang dinyatakan oleh Al-Quran. Tidak ada pihak yang berkecuali
menulis, menjadi saksi-saksi atau wali-wali untuk pihak pekerja.
Perjanjian itu adalah perjanjian yang dipaksa kepada pihak pekerja.
Sebaliknya perjanjian bersama yang dirundingkan oleh kesatuan sekerja
dengan majikan terjamin dan mengandungi kesemua aspek-aspek dan
unsur-unsur kebaikan lslam.
Diedarkan oleh:
Kesatuan
Pekerja-Pekerja Harris Advanced Technology (M) Sdn. Bhd. (Nombor
Pendaftaran 622) pada Mesyuarat Agung Luarbiasa (Mesyuarat Agung ke-10)
Sempena Ulangtahun yang ke 10 (1989-1999)