Friday, March 23, 2012

Gaji Minima adalah HAK pekerja - bukan satu 'hadiah' dari PM dan kerajaan

India sudah ada gaji minima sejak awal 50an - dan banyak lagi negara termasuk negara jiran, Thailand, sudah lama ada gaji minima - PM dan Kerajaan Malaysia gagal dalam isu ini - dan kini PM seolah-olah memberikan 'hadiah' atau 'bonus' kepada pekerja - di mana ianya hanyak tindakan membetulkan kesilapan yang lama sudah wujud yang telah membawa ketidakadilan kepada kaum pekerja begitu lama...MTUC dan pekerja Malaysia sudah bertahun-tahun berjuang untuk 'gaji minima'...

The Malaysian Trades Union Congress, an umbrella for private sector unions, has threatened a nationwide strike if its request for a minimum monthly wage is ignored. It had earlier proposed that the minimum wage be fixed in the range of 600-1,200 ringgit ($157 to $316). - Inter-Press Services, 11/5/2000, RIGHTS-MALAYSIA: MINIMUM WAGE ROW SPLITS WORKERS, GOV'T
 
PM dijangka umum gaji minimum Mei ini
Wartawan Sinar Harian
21 Mac 2012
Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengumumkan kadar gaji minimum, yang dinanti-nantikan sejak tahun lalu, pada majlis sambutan Hari Pekerja Mei ini.

"Nantilah, saya umum... tengok Hari Pekerja," kata beliau hari ini.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, takrif berbeza diberikan oleh pihak majikan dan pekerja mengenai apa yang dimaksudkan dengan gaji minimum.
Pihak majikan mentakrifkannya gaji bulanan yang termasuk gaji pokok, elaun sara hidup (COLA) dan bayaran kerja lebih masa.

Bagaimanapun, interpretasi pihak pekerja pula mengenai gaji minumum bermakna hanya gaji asas tidak termasuk elaun-elaun lain yang diterima.

Pada pandangan pihak majikan, sekiranya gaji minimum ialah RM1,000, dengan itu gaji yang dibawa pulang oleh pekerja sepatutnya RM1,000, ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), manakala pekerja menjangkakan membawa pulang gaji bersih sekurang-kurangnya RM1,300, oleh kerana RM300 itu adalah elaun termasuk bayaran lebih masa jika ada.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan, memberitahu Bernama hari ini, sangatlah mustahak kerajaan memberi penjelasan mengenai perkara ini apabila mengumumkan dasar berkenaan nanti.

Khalid berkata, masih lagi terdapat banyak salah faham mengenai isu gaji minimum ini.

Khalid berharap kerajaan akan meluluskan minimum RM1,000 dengan bayaran COLA RM300.

Beliau berkata dasar berkenaan tidak akan membabitkan pekerja sedia ada yang sudahpun memperoleh pendapatan melebihi jumlah tersebut, Ia akan hanya membabitkan pekerja baru dan mereka yang mendapat gaji kurang daripada gaji minimum yang dicadangkan.

MTUC sudah memperjuangkan gaji asas ini sejak 1990.

Sementara itu naib presiden MTUC, A. Balasubramaniam berkata gaji minimum pengawal keselamatan masih lagi belum dipatuhi sepenuhnya oleh industri berkenaan.

Walaupun kerajaan telah meluluskan paras gaji minimum mereka mulai 15 Februari tahun lepas antara RM500 ke RM700 bergantung pada lokasi, golongan pekerja berkenaan masih lagi belum dibayar jumlah berkenaan, katanya.

Beliau menggesa Jabatan Tenaga Kerja meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan pengawal keselamatan dibayar gaji sepatutnya oleh pihak majikan mereka. - Bernama  - Sinar Harian, 21/3/2012, PM dijangka umum gaji minimum Mei ini

No comments:

Post a Comment