Friday, October 26, 2012

31.5% atau 10,016 kes Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan tidak dirujuk ke Mahkamah Perusahaan

Soalan: Pernahkah rundingan damai sampai kepada penyelesaian majikan terima kembali pekerja di tempat kerja?

Mengapa tak rujuk ke Mahkamah - biar Mahkamah memutuskan - bukan tempat Menteri berbuat demikian...

Bila  "...31.5 peratus atau 10,016 kes di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 itu tidak dirujuk ke Mahkamah Perusahaan berikutan pelbagai faktor...", nyata kerajaan berpihak majikan bukan pekerja.... bagaimana keputusan boleh dibuat oleh "Menteri" tanpa mendengar keterangan saksi 

Tak ada rujukan kerana ..."...pekerja diberhentikan kerja atas masalah salah laku..." - HELLO, itu kata majikan dan pekerja menuntut keadilan mendakwa pembuangan kerja secara salah...

Kalau dilihat alasan mengapa kes tidak dirujuk - nyata bahawa ini satu ketidakadilan..

"Antara sebabnya adalah pekerja diberhentikan kerja atas masalah salah laku, majikan telah menutup perniagaan dan pekerja diberi peluang untuk bekerja semula tetapi enggan berbuat demikian.

"Selain itu, perkara tersebut turut disebabkan pekerja diberhentikan kerana tamat tempoh kontrak, berhenti secara sukarela tetapi berubah fikiran menuntut bekerja semula dan telah menerima bayaran pampasan melalui Skim Pemberhentian Sukarela (VSS),"

Apakah yang Menteri lihat untuk membuat keputusan? Lapuran pegawai yang cuba selesaikan kes tetapi gagal... [Memang benar, mungkin juga hujahan pihak syarikat dan pekerja dikepilkan bersama lapuran kepada Menteri - TETAPI kebiasaannya, pekerja pada peringkat ini tidak lagi diwakili oleh peguam atau tidak mendapatkan bantuan peguam menyediakan 'hujahan' untuk dilampirkan bersama lapuran yang akan dihantar kepada Menteri untuk beliau membuat keputusan... tetapi pada masa yang sama, pihak majikan lebih pakar dan biasa ada bantuan peguam....]

Jika tak rujuk kepada Mahkamah Perusahaan, pekerja ada opsyen membuat permohonan semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi - tetapi ini memerlukan wang dan ada risiko jika pekerja gagal di Mahkamah Tinggi akan kena bayar kos ....yang mungkin juga tinggi beribu-ribu ringgit, di mana ini sesuatu yang kebanyakkan pekerja bukan sahaja tak mampu berbuat demikian tetapi juga tidak ada kapasiti...

Yang patut berlaku adalah selepas percubaan penyelesaian gagal, kes terpaksa dirujuk terus ke Mahkamah - di mana hakim akan mendengar keterangan saksi, melihat keterangan dokumen dan mengambilkira hujahan kedua-dua pihak (mungkin juga akan tanya soalan kepada saksi) dan akhirnya membuat keputusan.... [Ini juga keadaannya di Jabatan Buruh.... mengapa perlu Menteri masuk campur membuat keputusan samada kes pekerja ini dirujuk ke Mahkamah atau tidak...

Nyata daripada kenyataan Menteri Sumber Manusia, alasan tidak rujuk adalah sememangnya  salah.... dan Menteri lebih percaya kepada majikan... bukan pekerja.

Jangan pula ada yang menyatakan bahawa kerajaan bersikap adil kerana lebih 60% kes dirujuk ke Mahkamah... Kes seksyen 20 adalah kes pekerja yang mengadu bahawa majikan telah secara salah menamatkan kerja pekerja, dan pekerja mahu keadilan - mahu kerja balik... Maka, kesemua 100% kes harus dirujuk terus ke Mahkamah Perusahaan....

  

 

31,714 kes tuntutan pekerja gagal diselesaikan secara rundingan

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Sebanyak 31,714 kes tuntutan pekerja yang diterima Jabatan Perhubungan Perusahaan dari 2001 hingga 2011 gagal diselesaikan melalui proses rundingan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 31.5 peratus atau 10,016 kes di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 itu tidak dirujuk ke Mahkamah Perusahaan berikutan pelbagai faktor.

"Antara sebabnya adalah pekerja diberhentikan kerja atas masalah salah laku, majikan telah menutup perniagaan dan pekerja diberi peluang untuk bekerja semula tetapi enggan berbuat demikian.

"Selain itu, perkara tersebut turut disebabkan pekerja diberhentikan kerana tamat tempoh kontrak, berhenti secara sukarela tetapi berubah fikiran menuntut bekerja semula dan telah menerima bayaran pampasan melalui Skim Pemberhentian Sukarela (VSS)," katanya menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Subramaniam, pekerja yang diberhentikan atas sebab-sebab seperti mengurangkan bilangan pekerja dan penstrukturan semula perniagaan wajib dibayar pampasan di bawah Akta Kerja 1955. 

Katanya, bagi tuntutan untuk kembali ke pekerjaan asal, Jabatan Perhubungan Perusahaan boleh mengadakan rundingan damai di antara majikan dengan pekerja untuk menghasilkan penyelesaian.

Jelas beliau, sekiranya kes gagal diselesaikan secara rundingan, masalah tersebut dibawa kepada panel pakar sebelum diputuskan oleh pihak menteri sama ada wajar untuk dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.

No comments:

Post a Comment