Monday, July 15, 2013

UNI-MLC >Penyerahan Memorandum Perintah Umur Persaraan Minimum (Pengecualian) 2013 ke pejabat PM @ Putrajaya - 17/7/2013

17.7.2013
 
UNI-MLC >Penyerahan Memorandum Perintah Umur Persaraan Minimum (Pengecualian) 2013 ke pejabat PM @ Putrajaya.


Kronologi

1)Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753) diwartakan 16.8.2012.

2) Tarikh pelaksanaan akta ditetapkan 1.1.2013 & tarikh kuatkuasa diputuskan 1.7.2013.

3) Majikan boleh memohon penangguhan pelaksanaan utk lanjutan 6 bulan dari tarikh kuatkuasa.

4) Semua permohonan lanjutan penangguhan akan dibawa ke JKuasa Tripartite (majikan, union, mohr) utk pertimbangan kelulusan

5) Menteri Sumber Manusia telah menggunakan kuasanya didlm section 18 akta secara salah dengan meluluskan penangguhan kpd 258 syarikat tanpa merujuk utk satu keputusan JKuasa Tripartite.

6) Antara 2000-3000 pekerja di 258 syarikat termasuk GLC yg akan bersara antara June-Dec2013 terjejas dgn kesan penangguhan ini.

7) Tindakan unilateral oleh Menteri juga telah meruntuhkan process konsultasi dalam tripartite system yg menjadi teras kpd industrial harmony.

8) Memo kpd PM ini bertujuan supaya PM camportangan dan tarikh kuatkuasa diselaraskan pd 1.7.2013.
Kepada:
Presiden/Setiausaha Agung UNI-MLC / GLC / Kesatuan Sekerja Malaysia

Saudara-Saudari Yang Dihormati Sekalian & Salam Perjuangan & Salam Solidarity,

Kerajaan telah memberi pengecualian kepada 258 syarikat bagi melanjutkan tarikh kuatkuasa Umur  Persaraan  Wajib  60  Tahun  daripada  01.07.2013  kepada  01.01.2014.  Keputusan  ini  telah di wartakan pada 28.06.2013 sebagai Warta Kerajaan Persekutuan (Federal Government Gazette).

Keputusan tersebut dilihat sebagai keputusan yang tidak adil kerana penangguhan ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Tripartite mahupun dengan Kesatuan-Kesatuan Sekerja.

Lanjutan daripada Press Conference yang diadakan pada 08.07.2013, Majlis  Rangkaian Kesatuan  Sekerja  Antarabangsa  Malaysia  (UNI - Malaysia Labour Centre) (UNI-MLC) yang mewakili 75 buah kesatuan gabungan telah menerima banyak aduan daripada Kesatuan-Kesatuan Sekerja termasuk Kesatuan-Kesatuan dalam syarikat GLC.

Oleh itu UNI-MLC bersama-sama dengan kesatuan-kesatuan lain akan menyampaikan satu Memorandum Bantahan kepada YAB Perdana Menteri, Malaysia pada:

Tarikh             :           17.07.2013 (Rabu)
Masa               :           10:00 Pagi
Tempat           :           Pintu Masuk Utama (PMO),
                                    Pejabat Perdana Menteri, Malaysia, Putrajaya
                                    (Berhimpun di perkarangan tempat letak kereta)

Sebelum penyampaian memorandum kepada wakil Perdana Menteri, Malaysia satu perhimpunan secara aman akan diadakan pada hari, masa dan tempat yang sama.

Mohon kerjasama semua Kesatuan dapat menghantar seberapa ramai orang ke perhimpunan ini kerana kesabaran kesatuan sedang diuji. Oleh itu inilah masanya kita sama-sama bangun dan menunjukkan perpaduan dan menentang tarikh perlanjutan kuatkuasa Umur Persaraan Wajib 60 Tahun.

Sekian dan Salam Hormat

MOHAMED SHAFIE BP MAMMAL
Presiden
Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja
Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)
Mobile : 013-393 0110

No comments:

Post a Comment