Thursday, November 14, 2013

Jika TNB dipecahkan jadi 5 entiti berlainan, ia akan menjejaskan kesatuan sekerja di TNB

Friday, November 15, 2013

MALAYSIA:::KESATUAN PEKERJA MAHU SURUHANJAYA TENAGA HENTI CADANGAN PISAHKAN TNB

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Empat kesatuan dan persatuan pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menggesa Suruhanjaya Tenaga (EC) untuk tidak meneruskan cadangan memisahkan syarikat utiliti nasional itu menjadi lima entiti berlainan.

Kumpulan pekerja tersebut, dalam satu kenyataan bersama memaklumkan mereka terkejut dan kesal dengan kenyataan terkini EC berhubung cadangan memisahkan TNB.
"Kenyataan yang dibuat oleh EC itu telah menimbulkan keresahan di kalangan pekerja TNB. Semua pihak yang berhasrat untuk memisahkan TNB perlu menghormati dan diminta tidak sewenang-wenangnya membuat kenyataan seperti itu.
"Kami ingin menekankan kepada semua pihak yang berhasrat untuk memisahkan TNB supaya tidak lagi memainkan isu ini. Kami bersedia mempertahankan TNB dari dipisahkan dengan apa cara sekali pun," menurut kenyataan itu.
Kumpulan tersebut ialah Persatuan Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Kesatuan Percantuman Pekerja-pekerja TNB, Tenaga Nasional Junior Officers Union dan Persatuan Unit Keselamatan TNB.
 
KESATUAN-TNB 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Pada 8 Nov lepas, EC dilaporkan sebuah akhbar mengemukakan cadangan untuk memisahkan TNB kepada lima entiti berlainan di bawah inisiatif Kawal Selia Berdasarkan Insentif (IBR) bagi meningkatkan kecekapan operasi firma utiliti nasional itu.
Menurut laporan itu lagi, cadangan pemisahan tersebut akan memudahkanpemantauan ke atas setiap akaun unit perniagaan syarikat utiliti nasional tersebut.
Sehubungan itu, kumpulan kesatuan berkenaan bertindak menghantar surat kepada EC hari ini bagi menyatakan hasrat melakukan kunjungan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment