Wednesday, January 23, 2013

NASID ELIAS & ORS lwn. TWP SDN BHD - satu kes berpihak pekerja



Kemenangan bagi pihak pekerja dan kesatuan, tetapi Mahkamah tidak memerintahkan 'reinstatement', dan oleh kerana itu pekerja tak dapat kerja kembali, tetapi UNION juga kehilangan ahli kuat...

Kes ini juga menyokong hak pekerja .... dengan syarat ia tidak menjejaskan operasi syarikat. 

Di dalam kes ini, mahkamah berpendapat bahawa pihak-pihak menuntut telah meletakkan cebisan kain simpai hitam di lengan mereka adalah atas arahan kesatuan seperti yang dinyatakan oleh CLW15, CLW16 dan CLW17. Ia adalah salah satu daripada hak mereka untuk menyuarakan ketidakpuasan hati kepada syarikat. Malahan pihak kesatuan telah mengakui kepada pihak responden bahawa tindakan pihak-pihak menuntut itu adalah atas arahan kesatuan. Oleh itu, adakah wajar mereka dinafikan hak untuk menyuarakan dan mempamerkan ketidakpuasan hati mereka kepada pihak responden? Namun begitu, di dalam konteks kes ini, mahkamah harus menekankan bahawa kebebasan pihak-pihak menuntut untuk menyuarakan perasaan atau rasa hati mereka tidaklah boleh dilakukan sehingga menjejaskan operasi syarikat. Sekiranya ini dilakukan ia sudah pasti akan bercanggah dengan tanggungjawab pihak-pihak menuntut untuk memberikan kesetiaan dan menjaga kepentingan pihak responden.

NASID ELIAS & ORS  lwn. TWP SDN BHD
MAHKAMAH PERUSAHAAN, JOHOR
ROSLAN MAT NOR
AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]
1 DISEMBER 2011


AWARD
(NO. 1768 tahun 2011)
Roslan Mat Nor:

Latar Belakang 

[1] Kes ini telah pertama kalinya didengar oleh Pengerusi yang telah berpindah dari mahkamah ini pada 16 Februari 2009 dengan COW1 memberikan keterangan. Kes ini telah pertama kalinya disebut oleh mahkamah ini pada 27 Februari 2007. Ia telah ditangguhkan sebanyak tujuh kali sebelum ditetapkan untuk perbicaraan pada 16 Februari 2009. Semasa kes ini dijalankan, terdapat kesukaran pihak responden untuk meneruskan kes ini kerana wakil pihak-pihak menuntut tidak memfailkan pernyataan saksi seperti yang sepatutnya. Pada 24 Januari 2011, kes telah ditetapkan untuk perbicaraan namun tiada pernyataan saksi pihak- pihak menuntut difailkan. Setelah mendengar alasan-alasan yang dikemukakan oleh pihak-pihak menuntut berkenaan kegagalan mereka memfailkan penyataan saksi serta hujah-hujah pihak responden di samping mengambil kira kes ini telah bermula sejak tahun 2007 yang melibatkan pembuangan kerja pihak-pihak menuntut pada 4 Mac 2006, maka mahkamah memutuskan untuk meneruskan perbicaraan ini dengan pihak-pihak menuntut memanggil saksi mereka dan pihak responden akan mengemukakan saksi bagi menyanggah keterangan-keterangan saksi pihak-pihak menuntut. Pada masa itu, peguam pihak responden menyatakan bahawa beliau masih lagi belum menutup kes walaupun pihak-pihak menuntut telah diminta untuk mengemukakan saksi dalam perbicaraan. Mahkamah berpendapat walaupun pihak responden masih belum menutup kes mereka yang mana adalah menjadi amalan di Mahkamah Perusahaan apabila kes melibatkan pembuangan kerja biasa, pihak responden akan terlebih dahulu memulakan kes mereka sehingga menutup kesnya sebelum pihak-pihak menuntut diminta untuk mengemukakan keterangan mereka. Namun begitu, dalam kes ini demi kepentingan keadilan dan mengelakkan kes ini terus ditangguhkan dengan lebih lama, mahkamah berpendapat bahawa adalah wajar pada peringkat ini, pihak-pihak menuntut memanggil saksi-saksi mereka sungguhpun pihak responden belum menutup kesnya. Namun begitu, mahkamah perlu tidak mengenepikan bahawa beban pembuktian adalah terletak kepada pihak responden dalam menjelaskan kewajaran pembuangan kerja pihak-pihak menuntut di dalam kes ini.

Fakta Kes

[2] Kesemua pihak-pihak menuntut iaitu 14 orang di dalam kes ini telah dikemukakan dengan pertuduhan seperti berikut dan dikemukakan kepada siasatan dalaman syarikat yang telah diadakan seperti di ms. 1 hingga 157 COB2. Pertuduhan-pertuduhan adalah diperturunkan seperti berikut:

a) Nasid bin Elias
Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25 November 2005, 26 November 2005 dan 30 November 2005.

b) Shahrom Arshad
Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 26 November 2005, 29 November 2005 dan 2 Disember 2005.

c) Ahmad Nasri bin Roslan
Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25 November 2005 dan 26 November 2005.

d) Faridah Abd Ghaffar
Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25 November 2005 dan 26 November 2005.

e) Tatee Marenee Maee
Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25 November 2005, 26 November 2005, 29 November 2005 dan 2 Disember 2005.

f) Rositah binti Harun
Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25 November 2005, 26 November 2005, 29 November 2005, 30 November 2005 dan 1 Disember 2005.

g) Zawiah binti Mat Saleh
Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa kebenaran daripada jabatan ini pada 25 November 2005, 26 November 2005, 29 November 2005, 30 November 2005 dan 2 Disember 2005.

h) Hamimah binti Daim
Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25 November 2005, 26 November 2005, 29 November 2005, 30 November 2005 dan 1 Disember 2005.

i) Zainab binti Mohd Yatim
Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa kebenaran daripada jabatan ini pada 2 Disember 2005.

j) Rosnina binti Hamzah
Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25 November 2005, 26 November 2005, 29 November 2005, 30 November 2005 dan 2 Disember 2005.

k) Rosmili binti Talib
Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25 November 2005, 26 November 2005, 29 November 2005 dan 2 Disember 2005.

l) Nora binti Kubek
Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25 November 2005 dan 26 November 2005.

m) Norizah binti Rapingi
Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25 November 2005 dan 26 November 2005.

n) Suliana binti Ali
Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25 November 2005, 26 November 2005, 29 November 2005 dan 30 November 2005.

[3] Semasa perbicaraan, peguam pihak responden dan wakil pihak-pihak menuntut telah bersetuju untuk keterangan CLW1 di peringkat pemeriksaan balas diterima sebagai keterangan CLW2, CLW3, CLW4, CLW5, CLW6, CLW7, CLW8, CLW9, CLW10, CLW1 1, CLW12, CLW13 dan CLW14. Pemeriksaan balas akan hanya dikemukakan pada saksi-saksi tersebut mengenai tempoh perkhidmatan mereka dan gaji akhir serta adakah mereka telah mendapat pekerjaan selepas dibuang kerja oleh pihak responden. Semasa CLW1 memberikan keterangan pada peringkat pemeriksaan balas pada 24 Januari 2011, kesemua pihak-pihak menuntut iaitu CLW2, CLW3, CLW4, CLW5, CLW6, CLW7, CLW8, CLW9, CLW10, CLW11, CLW12, CLW13 dan CLW14 juga berada di mahkamah untuk mendengar keterangan CLW1 semasa pemeriksaan balas. Mereka juga telah mengakui semasa pemeriksaan balas menerima pakai keterangan yang dikemukakan oleh CLW1 semasa pemeriksaan balas.

Kes Pihak Responden

[4] COW2 di dalam keterangannya semasa pemeriksaan utama telah menyatakan bahawa pemakaian simpai kain (arm band) berwarna hitam oleh pihak-pihak menuntut telah dilarang penggunaan pemakaiannya oleh syarikat. COW2 menyatakan seperti berikut:

A : Yes, I agree. When the instruction came from the Managing Director to inform all workers not to wear the black arm band, or stern action will be taken against them. I called a meeting everybody in the graphic, plate, make and sample making that include the superior (CLW 19) informing them the instruction of our Managing Director not to wear the arm band or stern action will be given to them.

[5] COW2 juga di dalam keterangannya menyatakan bahawa arahan Pengarah Urusan adalah untuk beliau memaklumkan pekerja mengenai larangan pemakaian simpai kain berwarna hitam. COW2 menyatakan mengenainya seperti berikut:

Q : What was the instruction from Managing Director?
A : To tell the workers not to wear black arm band or stern action will be taken against them.

[6] COW2 juga telah menyatakan bahawa beliau telah memaklumkan arahan Pengarah Urusan tersebut kepada pekerja-pekerja di Bahagian Grafik dan Jabatan Sampel. Empat belas orang pihak-pihak menuntut yang dibuang kerja di dalam kes ini ialah di Jabatan Grafik menurut COW2. COW2 juga menyatakan beliau telah menjalankan pemeriksaan ke atas kakitangan bagi melihat sama ada mereka memakai kain simpai hitam atau sebaliknya. COW2 telah menyediakan laporan mengenai pemeriksaan tersebut kepada Pengurus Sumber Manusia. Namun begitu, COW2 tidak mengambil gambar pekerja yang memakai kain simpai hitam semasa pemeriksaan. Nama-nama pekerja yang memakai kain simpai hitam itu telah dimaklumkan kepada Pengurus Sumber Manusia melalui emel yang dihantar kepadanya. COW2 menafikan bahawa beliau tidak memaklumkan kepada kakitangan di Jabatan Grafik berkenaan larangan memakai kain simpai hitam tersebut.

[7] Sementara itu, COW3 di dalam keterangannya telah menyatakan bahawa beliau telah membuat pemeriksaan ke atas pekerja-pekerjanya bagi memastikan tiada kakitangan yang memakai simpai hitam dari 21 November 2005 hingga 2 Disember 2005. COW3 memperihalkan tatacara pemeriksaan yang dilakukan seperti berikut:

S : Bagaimanakah pemeriksaan telah dibuat?
J : Kita periksa seorang ke seorang. Kita tengok dari depan sama ada pakai atau tidak kemudian tengok di bahunya.

S : Berapa kali anda membuat pemeriksaan dari 21 November 2005 hingga 2 Disember 2005?
J : Setiap hari.

[8] COW4 yang merupakan Jurutera Penyelenggaraan syarikat mengesahkan bahawa beliau juga telah membuat pemeriksaan dan pemerhatian ke atas kakitangan bagi memastikan sama ada mereka memakai simpai hitam atau sebaliknya.

[9] Seterusnya, COW1 menyatakan bahawa kesemua kakitangan berjumlah 60 orang telah didapati memakai kain simpai hitam mulai 21 November 2005. COW1 menyatakan seperti berikut:

Q : Wearing of arm band started on 21 November 2005. You confirm that?
A : Yes, according to the documents.

Q : How many workers wearing arm band?
A : Those wearing arm band were issued show cause letter.

Q : Are you telling the court that all 60 workers were issued show cause letter?
A : Yes.

[10] Seterusnya, COW1 mengesahkan bahawa pemakaian kain simpai hitam tersebut tidak dinyatakan sebagai satu kesalahan di dalam Perjanjian Bersama (collective agreement). COW1 menyatakan seperti berikut:

Q : Is there anything stated in the Collective Agreement that wearing arm band is an offence?
A : Nothing.

[11] COW1 juga mengakui bahawa surat tunjuk sebab yang dikeluarkan di halaman 20 COB1 adalah dari jabatan yang sama.

Kes Pihak-Pihak Menuntut

[12] CLW1 di dalam keterangannya mengesahkan bahawa mereka tidak mendapatkan kebenaran pengurusan syarikat sebelum memakai kain simpai hitam. CLW1 mengesahkan bahawa beliau pernah diberi amaran kerana memakai kain simpai hitam sebelum ini. CLW1 juga menyatakan bahawa pemakaian kain hitam yang dilakukan oleh kesemua pihak-pihak menuntut adalah atas arahan kesatuan sekerja. Ini berdasarkan kepada surat daripada Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Percetakan Semenanjung Malaysia bertarikh 24 November 2005 seperti berikut:
Pengurus Sumber Manusia TWP Sdn. Bhd.
No. 89 Jalan Tampoi
Kawasan Perindustrian Tampoi 80350 Johor Bahru
Malaysia

Tuan, (U/P: En. Alfred Law Kim Sang)

Surat Tunjuk Sebab

Kami menulis surat ini merujuk kepada Surat Tunjuk Sebab yang dikeluarkan oleh tuan kepada ahli-ahli kami bertarikh 22 November 2005.

Untuk pengetahuan tuan, bahawa PIEU bertanggungjawab sepenuhnya mengarahkan ahli-ahli kami memakai cebisan (reben) hitam sebagai tanda protes ke atas majikan di atas kelewatan menyelesaikan isu berbangkit berhubung M.O.U.

Kami tidak nampak kenapa ahli-ahli kami perlu mendapatkan kebenaran untuk memakai reben hitam berkenaan kerana tidak ada mana-mana bahagian di dalam peruntukan Perjanjian Bersama yang memerlukan mereka berbuat demikian.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Bagi pihak Printing Industry Employees Union, Peninsular Malaysia.
...
Kamarus Zaman Mansor
Setiausaha Eksekutif
s.k Setiausaha - Ahli Jawatankuasa Kerja Kilang.


[13] CLW1 semasa pemeriksaan semula menyatakan seperti berikut berkenaan arahan pemakaian kain simpai hitam:

S : Siapakah yang beri arahan untuk pakai reben hitam?
J : Kesatuan.

S : Melalui apakah arahan itu disampaikan?
J : Melalui surat Setiausaha Eksekutif Kesatuan.

[14] Seterusnya, CLW14 di dalam keterangannya telah menyatakan bahawa keputusan untuk memakai cebisan kain simpai hitam tersebut telah dibuat oleh exco kesatuan. CLW14 telah menyampaikan keputusan exco tersebut kepada ahli jawatankuasa. CLW14 juga telah mengambil tindakan setelah 14 orang pihak-pihak menuntut di dalam kes ini telah diberikan surat tunjuk sebab dengan memaklumkan hal tersebut kepada pihak ibu pejabat kesatuan. CLW15 menyatakan perkara ini seperti berikut:

S : Bilakah Exco ambil keputusan untuk pakai cebisan kain hitam bagaimana ia disampaikan?
J : Semua maklumat dari ibu pejabat saya akan sampaikan kepada ahli jawatankuasa. Ahli jawatankuasa akan sebarkan kepada ahli-ahli di bawah.

S : Ahli-ahli di bawah secara apa?
J : Secara lisan.

S : Selaku Pengerusi Kesatuan bila 14 orang ini terima tunjuk sebab adakah kesatuan menyatakan mengapa syarikat ambil tindakan?
J : Saya tidak berhubung kepada majikan tetapi saya buat aduan terus kepada ibu pejabat selepas ahli-ahli ini mendapat surat tunjuk sebab kedua.

[15] Semasa diperiksa balas, CLW15 tidak dapat memastikan bilakah keputusan dibuat oleh exco berkenaan dengan pemakaian kain simpai hitam. CLW15 mengakui bahawa beliau yang memberi arahan kepada 14 pihak-pihak menuntut itu memakai cebisan kain simpai hitam. CLW15 menyatakan berkenaan arahan tersebut seperti berikut di dalam keterangannya semasa pemeriksaan balas:

S : Adakah anda arah sendiri 14 pengadu ini pakai cebisan kain hitam?
J : Saya sendiri yang beritahu 14 orang pengadu ini.

S : Bila anda beritahu mereka?
J : Saya beritahu secara berkumpulan.

S : Berapa orang dalam kumpulan?
J : Tidak kurang dari 30 orang.

S : 14 orang pengadu itu adakah anda sendiri beritahu atau jawatankuasa?
J : 14 orang itu dalam kumpulan 30 orang itu.

[16] Walau bagaimanapun, CLW15 tidak dapat mengesahkan sama ada Setiausaha Kesatuan, Encik Kamarus Zaman Mansor ada berhubung dengan pihak responden secara bertulis tetapi menyatakan bahawa Pengurus Sumber Manusia ada dihubungi oleh Encik Kamarus Zaman. CLW15 menyatakan beliau tidak berada dengan Encik Kamarus Zaman bagi mengesahkan bahawa Encik Kamarus Zaman ada menghubungi Pengurus Sumber Manusia syarikat. CLW15 sebagai salah seorang ahli jawatankuasa kesatuan di syarikat pihak responden menegaskan bahawa beliau telah diarahkan untuk memakai cebisan kain simpai hitam dan adalah tidak munasabah untuk ahli jawatankuasa tidak memakainya sedangkan ahli biasa termasuk 14 pihak-pihak menuntut telah memakai cebisan kain simpai hitam tersebut.

[17] Seterusnya, CLW16 telah mengesahkan bahawa pihak Setiausaha Kerja Kesatuan, Encik Kamarus Zaman Mansor telah mengarahkan untuk memakai cebisan kain simpai hitam. Seterusnya, CLW16 juga menyatakan bahawa Encik Kamarus Zaman telah memberitahu ahli-ahli tidak perlu mendapat kebenaran untuk memakai kain tersebut. Selain itu, CLW17 semasa pemeriksaan balas telah menyatakan bahawa arahan memakai cebisan kain simpai hitam itu dilakukan oleh Encik Kamarus Zaman. CLW17 menyatakan perkara tersebut seperti berikut:

S : Rujuk soalan 5, siapa yang memberitahu berkenaan arahan ini?
J : Allahyarham Encik Kamarus Zaman Mansor.

S : Adakah anda diberitahu sendiri oleh Encik Kamarus Zaman?
J : Dia memberitahu secara umum kepada ahli-ahli termasuk saya.

S : Apa yang anda tahu berkenaan keputusan Exco adakah berdasarkan makluman daripada Encik Kamarus Zaman?
J : Ya.

[18] Sementara itu CLW2, CLW3, CLW4, CLW5, CLW6, CLW7, CLW8, CLW9, CLW10, CLW11, CLW12, CLW13 dan CLW14 menerima pakai keterangan CLW1 bahawa mereka memakai cebisan kain simpai hitam tersebut adalah atas arahan pegawai kesatuan.

Penilaian Keterangan Dan Undang-Undang
[19] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa tugas mahkamah pada peringkat ini adalah untuk menentukan sama ada tindakan pihak-pihak menuntut adalah satu salah laku yang boleh dijadikan alasan untuk pihak responden membuang kerja pihak-pihak menuntut. Pada masa yang sama, mahkamah juga mendapati bahawa tiada sebarang pertikaian berkenaan siasatan dalaman yang dijalankan oleh pihak responden dinyatakan di dalam pernyataan kes pihak-pihak menuntut. Pada masa yang sama, ia juga tidak dibangkitkan semasa kes ini dibicarakan. Walaupun mahkamah mendapati di perenggan 10 pindaan pernyataan kes dinyatakan bahawa pihak-pihak menuntut tidak dibekalkan dengan nota-nota keterangan siasatan dalaman, namun tiada pernyataan lanjut berkenaan sama ada siasatan dalaman tersebut telah tidak dijalankan dengan adil dan bercanggah dengan prinsip-prinsip keadilan asasi dan perbicaraan yang adil ditimbulkan oleh pihak-pihak menuntut. Oleh itu, mahkamah berpendapat isu berkenaan sama ada siasatan dalaman dijalankan dengan teratur atau menyalahi prinsip keadilan asasi dan perbicaraan yang adil tidak sewajarnya dijadikan isu di dalam kes ini. Ini adalah kerana ianya tidak dibangkitkan secara spesifik di dalam pernyataan kes dan perbicaraan di mahkamah. Oleh itu, mahkamah akan mengambil kira keterangan-keterangan yang dikemukakan semasa siasatan dalaman bersama-sama saksi-saksi dalam perbicaraan ini untuk menentukan sama ada pembuangan kerja tersebut adalah adil dan beralasan. Ini adalah disebabkan mahkamah berpendapat siasatan dalaman yang dijalankan adalah teratur oleh pihak responden.

[20] Jika diteliti kepada keterangan dan hujahan pihak-pihak adalah dapat difahami bahawa isu di dalam kes ini ialah sama ada kegagalan pihak-pihak menuntut mematuhi arahan syarikat yang dibuat oleh Pengarah Urusan berkenaan larangan pemakaian cebisan kain simpai hitam yang dimaklumkan kepada pihak-pihak menuntut melalui COW2 adalah merupakan salah laku. Dalam konteks ini, peguam pihak responden yang bijaksana telah berhujah seperti berikut:

14. We humbly submit Yang Arif that the company had reasonably concluded that the 14 claimants were guilty of the misconducts alleged based on the prevailing set of facts and evidence at the time of the dismissal, that is, not only did the 14 claimants wear the black armband in defiance of the company instructions, but also admitted that they wore the black armbands knowing that the company expressly forbade such an act.

[21] Sebaliknya wakil pihak menuntut telah menyatakan bahawa arahan yang diberikan untuk tidak memakai cebisan kain simpai hitam adalah sesuatu yang tidak sah. Beliau berhujah seperti berikut:

3.7 This is not a lawful instruction as it breach the fundamental principle of Freedom of Expression in art. 10 of the Federal Constitution as the claimants and other workers wear armband to express their dissatisfaction on the violation of the Memorandum of Understanding between the union and the company dated 8 Mac 2003 which was taken cognizance by the Industrial Court as stated in para. 11 of the Amended Statement of Case.

3.8 Coupled with the above is the fact there is no provision in the Collective Agreement that the workers including the claimants need to get the company's permission to wear armband. Failure to get permission is a misconduct and attract disciplinary action is also a misconduct is not Agreement. Moreover, wearing the armband is also a misconduct is not stated in the Collective Agreement. Hence the claimants had not committed any misconduct in wearing the armband to express their dissatisfaction in line with article 10 of the Federal Constitution. Therefore, the action of the company is unreasonable and frivolous in nature and unconstitutional.

[22] Apa yang jelas daripada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak menuntut dan pihak responden ialah fakta bahawa kesemua pihak-pihak menuntut memakai cebisan kain simpai hitam adalah suatu yang tidak dapat dinafikan oleh pihak-pihak menuntut. Malahan CLW15, CLW16 dan CLW17 mengesahkan bahawa mereka telah memberi arahan kepada ahli-ahli kesatuan termasuk 14 pihak-pihak menuntut untuk memakai cebisan kain simpai hitam tersebut. Walaupun pihak responden ingin menyatakan bahawa CLW15, CLW16 dan CLW17 yang merupakan orang kuat kesatuan sendiri tidak memakai kain hitam tersebut, namun ia dinafikan oleh mereka. Mahkamah berpendapat bahawa isu sama ada CLW15, CLW16 dan CLW17 tidak memakai cebisan kain simpai hitam bukanlah menjadi pertimbangan di dalam kes ini. Apa yang lebih penting ialah adakah pihak-pihak menuntut di dalam kes ini telah memakai cebisan kain simpai hitam atau pun tidak. Mahkamah mendapati tiada keterangan yang mengatakan mereka tidak memakai kain hitam tersebut. Pada masa yang sama, mahkamah juga mendapati keterangan daripada pihak responden mendapati sememangnya ada arahan daripada Pengarah Urusan syarikat yang telah disampaikan oleh COW2 kepada para pekerja termasuk 14 pihak-pihak menuntut di dalam kes ini mengenai larangan pemakaian kain cebisan simpai hitam. Berdasarkan kepada keterangan tersebut jelaslah bahawa tindakan pihak-pihak menuntut memakai kain hitam itu adalah berlawanan dengan arahan yang diberikan oleh pihak responden.

[23] Apa yang menarik di dalam kes ini ialah adakah pihak-pihak menuntut perlu mematuhi larangan yang dibuat oleh pihak responden sedangkan arahan pemakaian cebisan kain simpai hitam adalah dibuat oleh pihak kesatuan sekerja yang dianggotai oleh mereka. Ini bermakna terdapat pertembungan di antara larangan majikan dan arahan kesatuan sekerja. Adalah menjadi prinsip umum undang-undang perhubungan perusahaan bahawa pekerja sewajarnya mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikan seperti yang dinyatakan di dalam kes Ngeow Voon Yean v. Sungei Wang Plaza Sdn Bhd/Landmarks Holding Berhad [2006] 3 CLJ 837 seperti berikut:

[34] The duty of an employee at common law is also similar in that he is to comply with all lawful and reasonable orders given by his employer with respect to the performance of such functions within the scope of his employment. That duty is one of the fundamental obligations which is deemed to be impliedly undertaken in every contract of hiring. The duty of obedience at common law is subject to two qualifications, firstly that the employer may not order his employee to do something illegal or secondly order his employee to do anything dangerous.

[35] However it may well be that an employee is caught in the situation that he is required to obey an order and he is doubtful whether the order is legal or not. Under those circumstances the proper course is for the employee to obey the order first and to challenge its legality in separate proceedings. This distinction is made on the basis that if the law allows the employee to disobey any order he thinks is not legal, it would be impossible for the management to maintain discipline and industrial peace. On the other hand, if the employee takes it upon himself to disobey the order which he thinks to be unlawful and unreasonable two courses are open to him. He can point out his difficulties, if any, to the superior and if the latter insists on the order being carried out, he can do the work and take the matter further in proceedings against his employer or to complain to his union. If he disobeys, he must take the risk if the court finds the order to be lawful and reasonable. See the case of Pan Global Textiles Berhad, Pulau Pinang v. Ang Beng Teik [2002] 1 CLJ 181; [2002] 2 MLJ 27.

[24] Namun demikian, di dalam kes ini arahan yang diberikan oleh majikan menurut hujah pihak-pihak menuntut adalah suatu yang bercanggah dengan perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakan seperti berikut:

10. Freedom of speech, assembly and association.

(1) Subject to Clauses (2), (3) and (4) -
(a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;
(b) all citizens have the right to assemble peaceably and without arms;
(c) all citizens have the right to form associations.

(2) Parliament may by law impose -

(a) on the rights conferred by paragraph (a) of Clause (1), such restrictions as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, friendly relations with other countries, public order or morality and restrictions designed to protect the privileges of Parliament or of any Legislative Assembly or to provide against contempt of court, defamation, or incitement to any offence;

(b) on the right conferred by paragraph (b) of Clause (1), such restrictions as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof or public order;

(c) on the right conferred by paragraph (c) of Clause (1), such restrictions as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.

(3) Restrictions on the right to form associations conferred by paragraph

(c) of Clause (1) may also be imposed by any law relating to labour or education.

(4) In imposing restrictions in the interest of the security of the Federation or any part thereof or public order under Clause (2) (a), Parliament may pass law prohibiting the questioning of any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative established or protected by the provisions of Part III, Article 152, 153 or 181 otherwise than in relation to the implementation thereof as may be specified in such law.

[25] Persoalannya di dalam kes ini ialah apakah peruntukan Perlembagaan Persekutuan terpakai kepada hubungan di antara majikan dan pekerja di mana majikannya bukanlah merupakan kerajaan? Persoalan ini telah dijawab oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Beatrice AT Fernandez v. Sistem Penerbangan Malaysia & Anor [2005] 2 CLJ 713, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa perkara 8 Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai terhadap perjanjian bersama. Y. A. Hakim Abdul Malek Ahmad, Presiden Mahkamah Rayuan ketika itu menyatakan seperti berikut:

We took time to examine this allegation carefully and we found that it is simply not possible to expand the scope of art. 8 of the Federal Constitution to cover collective agreements such as the one in question. To invoke art. 8 of the Federal Constitution, the applicant must show that some law or action of the Executive discriminates against her so as to controvert her rights under the said article. Constitutional law, as a branch of public law, deals with the contravention of individual rights by the Legislature or the Executive or its agencies. Constitutional law does not extend its substantive or procedural provisions to infringements of an individual's legal right by another individual. Further, the reference to the "law" in art. 8 of the Federal Constitution does not include a collective agreement entered into between an employer and a trade union of workmen.

[26] Di dalam kes ini, mahkamah perlu meneliti sama ada perkara 10 Perlembagaan Persekutuan terpakai di antara hubungan pekerja dan majikan. Apakah arahan majikan untuk pihak-pihak menuntut tidak memakai cebisan kain simpai hitam tersebut adalah suatu tindakan yang menghalang kebebasan asasi pihak-pihak menuntut yang dijamin di dalam perlembagaan? Jika diteliti kes Beatrice AT Fernandez v. Sistem Penerbangan Malaysia & Anor [2005] 2 CLJ 713 di atas adalah didapati bahawa Mahkamah Persekutuan seolah-olah menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai di dalam urusan kontrak pekerjaan. Ini adalah kerana kontrak pekerjaan adalah merupakan perhubungan kontraktual (contractual relationship) di antara seorang majikan dan pekerja dan bukannya merupakan isu yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian, terdapat pandangan yang menyatakan bahawa keputusan di dalam kes Beatrice AT Fernandez v. Sistem Penerbangan Malaysia & Anor [2005] 2 CLJ 713 itu adalah tidak tepat. Misalnya melalui rencana bertajuk "Gender Discrimination in Employment - How Far does art. 8 of the Federal Constitution Guarantee Gender Equality?" [2006] 6 MLJ xliv oleh Jashpal Kaur Bhatt dan di dalam artikel bertajuk "The Workman and the Constitution" [2007] 1 MLJ clxxii oleh Dato Gopal Sri Ram. Pengarang yang bijaksana telah menyenaraikan jaminan perlembagaan kepada pekerja kepada lima kategori dengan menyatakan seperti berikut:

Adopting the approach to interpretation that has been commended by high and distinguished authority, the Constitution guarantees, at the very least, the following rights of a workman:
(1) the protection of livelihood;
(2) the right to work in a reasonably safe environment;
(3) the right to unionise;
(4) the right to a fair wage; and
(5) the right to reinstatement.

[27] Pengarang yang bijaksana di dalam artikel tersebut telah merumuskan hak-hak asasi pekerja di bawah perlembagaan dengan menyatakan seperti berikut:

Conclusion
I conclude as I began. A workman's fundamental rights are there in the Constitution. They are guaranteed by the Constitution. All you have to do is to apply the correct interpretation approach to find them. But if you take a narrow and literal approach, you will never find them. And it will be our citizens who will ultimately bear the loss.

[28] Pada masa yang sama, mahkamah juga meneliti pandangan yang dikemukakan melalui artikel bertajuk "Does The Law Of Human Rights Pervade All Malaysian Law In View Of Part II Of The Federal Constitution?" [2007] 7 MLJ lxxxvi oleh B Lobo yang memberi pandangan keputusan Beatrice AT Fernandez v. Sistem Penerbangan Malaysia & Anor [2005] 2 CLJ 713 dari perspektif undang-undang hak asasi manusia seperti berikut:

It is generally understood that the rights under the Federal Constitution is in the realm of public law. It is submitted that in view of the HR Act 1999, the distinction between public law and private law rights at least as far as Part II of the Federal Constitution has been to a large extent, obliterated.

In the application and enforcement of the HR Act 1999, ie. the vertical or direct application to private law and horizontal or indirect application to private law can impact private law. An example of the former is where statutes applying to private individuals are interpreted (as it has to be) in compliance with Part II of the Federal Constitution (ie. human rights). An example of the latter will be the example of S (slave) and M (the master) given by Mr. Justice Sri Ram.

Therefore, the dicta of Abdul Malek Ahmad PCA (as he then was) that:

... Constitutional law as a branch of public law, deals with the contravention of individual rights by the legislature or the Executive or its agencies. Constitutional law does not extend its substantive or procedural provisions to infringements of an individual's legal right against another individual ...
(Emphasis added.)

It is, with respect, inaccurate and perhaps incorrect.

[29] Malahan jika diteliti keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Tan Tek Seng v. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan & Another [1996] 2 CLJ 771; [1996] 1 MLJ 261 di mana telah diputuskan bahawa hak untuk mendapatkan pekerjaan dan kesinambungan hidup adalah merupakan hak yang dijamin di bawah perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. Ia termasuklah hak untuk mendapatkan pekerjaan yang sah dan berpendapatan. Ia dinyatakan seperti berikut:

Such as objective may only be achieved if the expression "life" in Article 5(1) is given a broad and liberal meaning.

Adopting the approach that commends itself to me, I have reached the conclusion that the expression "life" appearing in Article 5(1) does not refer to mere existence.

It incorporates all those facets that are an integral part of life itself and those matters which go to form the quality of life.

Of these are the right to seek and be engaged in lawful and gainful employment and to receive those benefits that our society has to offer to its members.

It includes the right to live in a reasonably healthy and pollution free environment.

For the purposes of this case, it encompasses the right to continue in public service subject to removal for good cause by resort to a fair procedure.

[30] Walau bagaimanapun, mahkamah sedar bahawa penafsiran seperti ini telah tidak dipersetujui oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Pihak Berkuasa Negeri Sabah v. Sugumar Balakrisnan & Another Appeal [2002] 4 CLJ 105; [2002] 3 MLJ 72 seperti berikut:

We note that neither in the instant case nor in Tan Tek Seng v. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan & Anor (supra) did the Court of Appeal refer to Loh Wai Kong and we cannot understand why. Unfortunately, too, in the majority judgment of the Federal Court in R. Rama Chandran, although reference was made to the court of Appeal decision of Tan Tek Seng and to art. 5 in the context of the expression "life", the reference was only a brief reference and we note, too, that Loh Wai Kong was not cited let alone considered by the Federal Court in R. Rama Chandran.

We therefore disagree with the Court of Appeal that the words "personal liberty" should be generously interpreted to include all those facets that are an integral part of life itself and those matters which go to form the quality of life. We are of the view that other matters which go to form the quality of life has been similarly enshrined in Part II of the Constitution under 'Fundamental Liberties' viz, protection against retrospective criminal laws and repeated trials (art. 7); equality (art. 8); freedom of speech, assembly and association (art. 10); freedom of religion (art. 11); rights in respect of education (art. 12) and rights to property (art. 13 ).

[31] Namun demikian, intrepretasi sedemikian di dalam kes Pihak Berkuasa Negeri Sabah v. Sugumar Balakrisnan & Another Appeal [2002] 4 CLJ 105; [2002] 3 MLJ 72 telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sivarasa Rasiah v. Badan Peguam Malaysia & Anor [2010] 3 CLJ 507 seperti berikut:

In the present instance, the appellant bases his case on the "personal liberty" limb. Learned senior federal counsel submits that the concept "personal liberty" in art. 5(1) should receive the narrow and restricted meaning ascribed to it by a two member Bench of this court in Pihak Berkuasa Negeri Sabah v. Sugumar Balakrishnan & Another Appeal [2002] 4 CLJ 105. With respect this submission must be rejected as being without merit. The authorities referred to earlier in this judgment are clearly against such an approach to constitutional interpretation.

[32] Pada masa yang sama, mahkamah juga meneliti pandangan yang dikemukakan oleh Y. A. Zaleha Yusof di dalam kes Noorfadilla binti Ahmad Saikin v. Chayed bin Basirun dan 5 yang lain, Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Saman Pemula No. 21-248-2010 di mana di dalam kes tersebut, kes Beatrice AT Fernandez v. Sistem Penerbangan Malaysia & Anor [2005] 2 CLJ 713 tela h dikemukakan dalam menyokong hujah bahawa perkara 8 Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai kepada hubungan kontraktual. Mahkamah berpendapat di dalam kes tersebut, prinsip Beatrice AT Fernandez v. Sistem Penerbangan Malaysia & Anor [2005] 2 CLJ 713 tidak terpakai kerana fakta kes menyatakan bahawa pihak responden adalah merupakan pihak berkuasa awam seperti di bawah perkara 160 Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, walaupun kes ini melibatkan hubungan kontraktual, Perlembagaan Persekutuan masih terpakai kerana pihak responden adalah badan berkuasa awam. Ini dapat dilihat di halaman 23 di perenggan 24 seperti berikut:

(24) By virtue of art. 160 of the Federal Constitution, the defendants are definitely public authorities and therefore agents of the Executive. To me, the defendants' act of revoking and withdrawing the Placement Memo because the plaintiff was pregnant constitute a violation of art. 8(2) of the Federal Constitution. It was the contravention of the plaintiff's rights by the defendants as agents of the Executive. As such, the requirement of Beatrice's case has been fulfilled.

[33] Apa yang menarik di dalam kes tersebut ialah pandangan Y.A. Hakim mengenai tanggungjawab mahkamah untuk menyokong tindakan pematuhan hak-hak asasi manusia. Y.A. Hakim menyatakan seperti berikut:

In my opinion, the court has a role to promote the observance of human rights in this country.

[34] Berdasarkan kepada duluan kehakiman dan perbincangan di dalam artikel-artikel yang ditulis berkenaan dengan isu sama ada Perlembagaan Persekutuan terpakai kepada perjanjian pekerjaan di antara pekerja dan majikan, dapat disimpulkan dua pendekatan iaitu:

(a) Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai terhadap perjanjian persendirian termasuklah perjanjian di antara majikan dan pekerja. Ia berasaskan kepada prinsip bahawa perjanjian persendirian adalah di antara pihak-pihak yang terlibat di dalam sesuatu perjanjian di mana mereka adalah terikat dengan terma-terma perjanjian tersebut. Sementara perlembagaan menyentuh kepada hubungan di antara pihak pemerintah dan warganegara. Sekiranya terdapat apa-apa peruntukan yang diluluskan oleh pihak pemerintah yang menghakis mana-mana hak warganegara maka hak-hak warganegara yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan bolehlah digunakan.

(b) Perlembagaan Persekutuan terpakai kepada perjanjian pekerjaan walaupun ia adalah merupakan perjanjian persendirian. Ini adalah disebabkan, Perlembagaan Persekutuan perlu ditafsirkan dengan lebih liberal bagi memastikan hak-hak warganegara terutamanya kebebasan asasi dilindungi oleh perlembagaan. Oleh itu, penafsiran yang ketat berkenaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kebebasan asasi boleh menghakis kebebasan warganegara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan ianya tidak sejajar dengan interpretasi dengan perlembagaan oleh mahkamah di negara-negara lain yang memberi penafsiran liberal dalam hak-hak asasi warganegara mereka.

[35] Pada masa yang sama, mahkamah juga meneliti aliran pemikiran terkini berkenaan dengan pengukuhan dan jaminan hak warganegara di dalam hak asasi mereka begitu ditekankan oleh mahkamah. Ini dapat dilihat misalnya di dalam keputusan majoriti Mahkamah Rayuan di dalam kes Muhammad Hilman Idham & Ors v. Kerajaan Malaysia & Ors [2011] 9 CLJ 50, Rayuan Sivil No. W-01(IM)-636-2010, di mana Y. A. Hakim Mohd Hishamudin Yunus seperti berikut:

I propose to conclude by saying this. Freedom of expression is one of the most fundamental rights that individuals enjoy. It is fundamental to the existence of democracy and the respect of human dignity. This basic right is recognized in numerous human rights documents such as art. 19 of the Universal Declaration of Human Rights and art. 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights. Free speech is accorded pre-eminent status in the constitutions of many countries.

[36] Walau bagaimanapun, mahkamah harus berhati-hati di dalam kes ini kerana kes Muhammad Hilman Idham & Ors v. Kerajaan Malaysia & Ors [2011] 9 CLJ 50, Rayuan Sivil No. W-0 1 (IM)-636-2010 melibatkan pihak universiti yang boleh dikategorikan sebagai pihak berkuasa awam. Sebaliknya di dalam kes ini, pihak responden adalah majikan pihak-pihak menuntut yang merupakan pihak kepada perjanjian pekerjaan. Namun demikian, mahkamah berpendapat bahawa hak asasi di bawah perkara 10 Perlembagaan Persekutuan adalah terpakai kepada kesemua warganegara persekutuan. Oleh itu, sebarang tindakan majikan kepada pekerja harus mengambil kira kebebasan asasi pekerjanya yang merupakan warganegara persekutuan terhadap hak-hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya mahkamah tidak mengambil kira hak-hak kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan hanya semata-mata berdasarkan kepada terma-terma perjanjian pekerjaan di antara pihak-pihak menuntut dan pihak responden, jaminan hak asasi warganegara di dalam Perlembagaan Persekutuan akan menjadi tidak bermakna. Ia mungkin akan menyebabkan perjanjian pekerjaan boleh dengan sewenang-wenangnya menyalahi hak-hak warganegara yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah berpendapat ini bukannya matlamat undang-undang perhubungan perusahaan. Hak majikan sebagai warganegara yang dijamin hak-hak di dalam Perlembagaan perlu dipertahankan. Di samping itu, hak-hak pekerja sebagai warganegara persekutuan yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan juga perlu ditegakkan. Dalam erti kata lain, urusan di antara pekerja dan majikan tidak boleh lari daripada hak-hak yang dijamin di dalam Perlembagaan walaupun mereka bebas untuk meletakkan terma-terma yang dipersetujui di antara pekerja dan majikan. Terma-terma tersebut sudah pasti tidak boleh membelakangkan hak asasi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Di samping itu, terma-terma tersebut tidak boleh menyalahi peruntukan undang-undang atau polisi awam.

[37] Di dalam kes ini, mahkamah berpendapat bahawa pihak-pihak menuntut telah meletakkan cebisan kain simpai hitam di lengan mereka adalah atas arahan kesatuan seperti yang dinyatakan oleh CLW15, CLW16 dan CLW17. Ia adalah salah satu daripada hak mereka untuk menyuarakan ketidakpuasan hati kepada syarikat. Malahan pihak kesatuan telah mengakui kepada pihak responden bahawa tindakan pihak-pihak menuntut itu adalah atas arahan kesatuan. Oleh itu, adakah wajar mereka dinafikan hak untuk menyuarakan dan mempamerkan ketidakpuasan hati mereka kepada pihak responden? Namun begitu, di dalam konteks kes ini, mahkamah harus menekankan bahawa kebebasan pihak-pihak menuntut untuk menyuarakan perasaan atau rasa hati mereka tidaklah boleh dilakukan sehingga menjejaskan operasi syarikat. Sekiranya ini dilakukan ia sudah pasti akan bercanggah dengan tanggungjawab pihak-pihak menuntut untuk memberikan kesetiaan dan menjaga kepentingan pihak responden. Hal ini telah dinyatakan di dalam kes Secretary of State for Employment v. ASLEF (No. 2) [1972] I.C.R. 19. Namun demikian, tindakan seorang pekerja menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dengan tidak menyebabkan apa-apa kerugian kepada pihak majikan adalah tidak boleh dikatakan sebagai suatu tindakan yang bercanggah dengan terma tersirat pihak pekerja untuk setia dan menjaga kepentingan syarikat. Hal ini telah dinyatakan di dalam kes Mahkamah Rayuan di United Kingdom di dalam kes British Telecommunications Plc v. Ticehurst and Another [1992] ICR 383 di mana Ralph Gibson LJ menyatakan di halaman 396 seperti berikut:

The mere fact that she took part in joint action, with the intention that the business of B.T. should be rendered thereby unmanageable, could not constitute breach of contract because mere intention, without achievement of the fact intended to be achieved, was nothing. The principle in the ASLEF case should be restricted to very narrow terms, namely to action with the intention of frustrating the object of the contract of employment which has or will have that effect.

[38] Di dalam kes ini, mahkamah mendapati tiada keterangan yang dikemukakan oleh pihak responden atau keterangan dari pihak-pihak menuntut yang mencadangkan tindakan pihak-pihak menuntut memakai cebisan kain simpai hitam tersebut telah menjejaskan operasi syarikat atau memberikan kerugian kepada syarikat. Pada masa yang sama, tiada juga keterangan yang menunjukkan bahawa tindakan pihak-pihak menuntut itu telah menimbulkan ketidakharmonian kepada syarikat pihak responden. Halnya adalah berbeza sekiranya terdapat keterangan yang menunjukkan kerugian, gangguan operasi atau ketidakharmonian perusahaan antara majikan dan pekerja akibat pemakaian cebisan kain simpai hitam oleh pihak-pihak menuntut. Jika terdapat keterangan yang sedemikian, maka mahkamah boleh menyimpulkan bahawa tindakan pihak-pihak menuntut memakai cebisan kain simpai hitam telah memberi kesan kepada operasi syarikat dan ini bermakna pihak-pihak menuntut telah mencabuli terma-terma tersirat seorang pekerja untuk taat dan menjaga kepentingan majikannya sepanjang bertugas di syarikat. Namun demikian, di dalam kes ini senario di atas tidak berlaku. Oleh itu, mahkamah berpendapat bahawa tindakan pihak-pihak menuntut memakai cebisan kain simpai hitam tidak boleh dikategorikan sebagai salah laku sehingga mewajarkan pihak-pihak menuntut dibuang kerja oleh pihak responden. Ini bermakna, pihak responden telah gagal pada perimbangan kebarangkalian membuktikan bahawa pihak-pihak menuntut tersebut telah melakukan salah laku bagi mewajarkan pembuangan kerja.

Remedi

[39] Setelah mahkamah mendapati bahawa pihak responden pada tahap perimbangan kebarangkalian tidak dapat menunjukkan bahawa tindakan pihak-pihak menuntut memakai cebisan kain simpai hitam adalah salah laku, maka kini mahkamah harus memutuskan remedi yang bersesuaian diberikan kepada pihak-pihak menuntut. Semasa memutuskan remedi yang bersesuaian, mahkamah mengambil kira garis panduan yang dikemukakan dalam Jadual Kedua Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang menyatakan faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam memutuskan remedi seperti berikut:

Second Schedule
Factors For Consideration In Making An Award In Relation To A Reference Under Subsection 20(3)
[Subsection 30(6a)]
1. In the event that backwages are to be given, such backwages shall not exceed twenty-four months' backwages from the date of dismissal based on the last-drawn salary of the person who has been dismissed without just cause or excuse;
2. In the case of a probationer who has been dismissed without just cause or excuse, any backwages given shall not exceed twelve months' backwages from the date of dismissal based on his last- drawn salary;
3. Where there is post-dismissal earnings, a percentage of such earnings, to be decided by the court, shall be deducted from the backwages given;
4. Any relief given shall not include any compensation for loss of future earnings; and
5. Any relief given shall take into account contributory misconduct of the workman .

[40] Sebelum itu, mahkamah juga berpendapat di dalam kes ini remedi yang bersesuaian untuk diberikan kepada pihak-pihak menuntut adalah pampasan sebagai ganti rugi kepada pelantikan semula. Ini adalah disebabkan pihak-pihak menuntut telah dibuang kerja pada 4 Mac 2006 iaitu lebih daripada lima tahun sebelum award ini diturunkan. Selain itu, keterangan pihak-pihak menuntut juga ada yang menunjukkan bahawa mereka telah bekerja di tempat lain selepas dibuang kerja oleh pihak responden. Mahkamah berpendapat adalah tidak wajar remedi pelantikan semula diberikan kerana ianya akan menjejaskan kerja pihak-pihak menuntut yang sedia ada di samping tempoh yang lama setelah dibuang kerja menyebabkan mereka tidak mungkin dapat ditempatkan dalam struktur organisasi syarikat yang baharu setelah lima tahun berlalu.

[41] Dalam menentukan kadar bayaran pampasan pelantikan semula dan bayaran gaji ke belakang, adalah wajar mahkamah meneliti satu persatu keterangan pihak-pihak menuntut kerana terdapat perbezaan gaji pihak-pihak menuntut, tempoh pihak-pihak menuntut tidak bekerja dan tempoh pihak-pihak menuntut bekerja di syarikat. Ia perlu dilakukan bagi mengelakkan ketidakadilan kepada pihak-pihak menuntut dan pihak responden dalam menentukan amaun yang sewajarnya.

[42] Pihak menuntut pertama, Encik Nasid bin Elias mempunyai gaji akhir berjumlah RM1,379. Beliau mula bekerja semenjak 1 Januari 1990. Ini bermakna beliau telah bekerja selama 16 tahun sebelum dibuang kerja. Beliau telah bekerja semula lebih kurang satu bulan dari tarikh diberhentikan dengan gaji RM750 sebulan.

[43] Sementara itu, pihak menuntut kedua, Encik Shaharom bin Arshad mula bekerja dengan syarikat mulai 1 April 1989. Ini bermakna beliau telah bekerja selama 16 tahun. Gaji terakhir beliau ialah RM1,385. Kini beliau telah bekerja dengan Kementerian Pendidikan semenjak 16 Oktober 2007 dengan pendapatan RM1,164.

[44] Pihak menuntut ketiga, iaitu Encik Ahmad Nazri bin Roslan telah mula bekerja di syarikat pada 13 Julai 1992 iaitu selama 13 tahun sebelum ditamatkan perkhidmatan. Gaji akhir beliau ialah RM1,344. Beliau telah mula bekerja setelah dibuang kerja pada Mei 2006 dengan gaji pada masa itu RM700 dan kini RM2,100.

[45] Pihak menuntut keempat, Puan Faridah binti Abd. Ghafar telah mula bekerja semenjak 8 Julai 1987 iaitu bekerja selama 18 tahun. Gaji akhir beliau ialah RM967. Beliau mula bekerja di tempat baharu pada 8 April 2006 dengan pendapatan RM670 sebulan .

[46] Pihak menuntut kelima, Cik Tatee Marenee binti Maee mula bekerja di syarikat pada 3 Mei 2000 iaitu 5 tahun sebelum dibuang kerja. Gaji akhir beliau ialah RM902. Beliau mendapat kerja di tempat baharu pada 16 April 2006 dengan gaji RM800.

[47] Pihak menuntut keenam, Puan Rositah binti Harun mula bekerja semenjak 24 Jun 1988 iaitu selama 17 tahun sebelum dibuang kerja dengan gaji terakhir RM1,344. Beliau telah mendapat kerja pada 1 Jun 2006 dengan pendapatan RM791.

[48] Pihak menuntut ketujuh, Cik Zawiah binti Md. Saleh mula bekerja di syarikat pada 6 Januari 1992 iaitu selama 14 tahun iaitu sebelum dibuang kerja. Gaji akhir beliau ialah RM940 sebulan. Pihak menuntut ketujuh tidak bekerja selepas dibuang kerja. Ia adalah kerana beliau ditanggung oleh suami.

[49] Pihak menuntut kelapan, Puan Hamimah binti Daim mula bekerja dengan syarikat pada 17 November 1989 iaitu selama 16 tahun sebelum dibuang kerja. Gaji akhir pihak menuntut kelapan ialah RM1,030. Pihak menuntut kelapan mula bekerja semula selepas dibuang kerja pada 15 April 2006 dengan gaji RM700 sebulan.

[50] Pihak menuntut kesembilan, Puan Zainab binti Mohd Yatim telah mula bekerja semenjak 21 Ogos 1989 iaitu 16 tahun sebelum dibuang kerja. Gaji akhir pihak menuntut kesembilan ialah RM864 sebulan. Beliau telah mula bekerja di tempat lain setelah dibuang kerja pada April 2006 dengan gaji RM600 sebulan.

[51] Pihak menuntut kesepuluh, Puan Rosnina binti Hamzah mula bekerja dengan syarikat mulai 2 April 1993 iaitu selama 12 tahun sebelum dibuang kerja. Gaji akhir pihak menuntut kesepuluh ialah RM897 sebulan. Beliau telah mula bekerja di tempat lain pada 11 April 2006 dengan gaji RM500 sebulan.

[52] Pihak menuntut ke-11, Puan Rosmili binti Talib mula bekerja dengan syarikat pada 12 Februari 1990 dengan gaji akhir sebanyak RM1,008 sebulan. Beliau telah bekerja selama 16 tahun sebelum dibuang kerja. Beliau telah mula bekerja setelah sebulan dibuang kerja di tempat baru dengan gaji RM400.

[53] Pihak menuntut ke-12, Cik Nora binti Kubek mula bekerja dengan syarikat pada 6 Januari 1988 iaitu 18 tahun sebelum dibuang kerja dengan gaji akhir RM1,050. Beliau telah mula bekerja di tempat lain pada bulan Disember 2006 dengan gaji RM425 sebulan .

[54] Pihak menuntut ke-13, Cik Norizah binti Rapingi mula bekerja di syarikat semenjak 6 Mei 1992 iaitu selama 13 tahun sebelum dibuang kerja. Gaji akhir pihak menuntut ke-13 ialah RM1,077 sebulan. Beliau tidak bekerja setelah dibuang kerja oleh pihak responden kerana ditanggung oleh suami.

[55] Akhirnya, pihak menuntut ke-14, Cik Suliana binti Ali mula bekerja di syarikat pada 6 September 1999 iaitu 6 tahun sebelum dibuang kerja. Gaji akhir pihak menuntut ke-14 ialah RM897 sebulan. Beliau telah mula bekerja semula di tempat lain pada bulan Disember 2006 dan semenjak 4 Januari 2007, beliau telah bekerja sebagai Senior Assistant Graphic dengan gaji RM1,575.

[56] Setelah melihat secara terperinci gaji akhir pihak-pihak menuntut dan tempoh perkhidmatan pihak-pihak menuntut di syarikat pihak responden dan tempoh pihak-pihak menuntut tidak bekerja, mahkamah memutuskan amaun kepada setiap pihak-pihak menuntut adalah seperti berikut:

(a) Pihak menuntut pertama:
Bayaran gaji ke belakang
RM1,379 x 8 bulan = RM11,032
Pampasan sebagai galang ganti penempatan semula
RM1,379 x 16 tahun = RM22,064
Jumlah
RM11,032 + RM22,064 = RM33,096

(b) Pihak menuntut Kedua:
Bayaran gaji ke belakang
RM1,385 x 8 bulan = RM11,080
Pampasan sebagai galang ganti penempatan semula
RM1,385 x 16 tahun = RM22,160
Jumlah
RM11,080 + RM22,160 = RM33,240

(c) Pihak menuntut ketiga:
Bayaran gaji ke belakang
RM1,344 x 8 bulan = RM10,752
Pampasan sebagai galang ganti penempatan semula
RM1,344 x 13 tahun = RM17,472
Jumlah
RM10,752 + RM17,472 = RM28,224

(d) Pihak menuntut keempat:
Bayaran gaji ke belakang
RM967 x 8 bulan = RM7,736
Pampasan sebagai galang ganti penempatan semula
RM967 x 18 tahun = RM17,406
Jumlah
RM7,736 + RM17,406 = RM25,142

(e) Pihak menuntut kelima:
Bayaran gaji ke belakang
RM902 x 8 bulan = RM7,216
Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula
RM902 x 5 tahun = RM4,510
Jumlah
RM7,2 16 + RM4,510 = RM11,726

(f) Pihak menuntut keenam:
Bayaran gaji ke belakang
RM1,344 x 8 bulan = RM10,752
Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula
RM1,344 x 17 tahun= RM22,848
Jumlah
RM10,752 + RM22,848 = RM33,600

(g) Pihak menuntut ketujuh:
Bayaran gaji ke belakang
RM940 x 8 bulan = RM7,520
Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula
RM940 x 14 tahun = RM13,160
Jumlah
RM7,520 + RM13,160 = RM20,680

(h) Pihak menuntut kelapan:
Bayaran gaji ke belakang
RM1,030 x 8 bulan = RM8,240
Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula
RM1,030 x 16 tahun = RM16,480
Jumlah
RM8,240 + RM16,480 = RM24,720

(i) Pihak menuntut kesembilan:
Bayaran gaji ke belakang
RM864 x 8 bulan = RM6,912
Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula
RM864 x 16 tahun = RM13,824
Jumlah
RM6,912 + RM13,824 = RM20,736

(j) Pihak menuntut kesepuluh:
Bayaran gaji ke belakang
RM897 x 8 bulan = RM7,176
Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula
RM897 x 12 tahun = RM10,764
Jumlah
RM7,176 + RM10,764 = RM17,940

(k) Pihak menuntut ke sebelas:
Bayaran gaji ke belakang
RM1,008 x 8 bulan = RM8,064
Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula
RM1,008 x 16 tahun = RM16,128
Jumlah
RM8,064 + RM16,128 = RM24,192

(l) Pihak menuntut ke duabelas:
Bayaran gaji ke belakang
RM1,050 x 8 bulan = RM8,400
Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula
RM1,050 x 18 tahun = RM18,900 Jumlah
RM8,400 + RM18,900 = RM27,300

(m) Pihak menuntut ke tigabelas:
Bayaran gaji ke belakang
RM1,077 x 8 bulan = RM8,616
Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula
RM1,077 x 13 tahun = RM14,001
Jumlah
RM8,616 + RM14,001 = RM22,617

(n) Pihak menuntut ke empatbelas:
Bayaran gaji ke belakang
RM897 x 8 bulan = RM7,176
Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula
RM897 x 6 tahun = RM5,382
Jumlah
RM7,176 + RM5,382 = RM12,558

[57] Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 40 hari dari tarikh award ini setelah ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, cukai pendapatan dan caruman-caruman statutori yang lain.

Kes ini telah dilapurkan dalam Industrial Law Reports, keluaran Current Law Journal - Rujukan
[2012] 1 ILR 204

No comments:

Post a Comment