Wednesday, June 26, 2013

'Menjatuhkan imej atau nama baik syarikat...' harus tidak menjadi salah laku pekerjaan

Bagi seorang pekerja, apa yang penting adalah kontrak pekerjaannya di mana harus pekerja memastikan bahawa tidak ada apa-apa terkandung dalam perjanjian tersebut antara majikan dan pekerja yang kemungkinan membawa kepada ketidakadilan kepada pekerja.

Bila terdapat UNION, biasanya ada CBA(Collective Bargaining Agreement) di antara UNION dan majikan, di mana ini secara otomatis digunapakai bagi semua pekerja ahli UNION, di mana ini kebiasaan mengandungi terma yang lebih baik bagi pekerja.

Satu daripada perkara yang kadang-kadang terlepas lihat adalah isu 'salah laku' dan prosidur disciplin, di mana ini akan membebankan pekerja nanti, sapertimana yang kini berlaku kepada pekerja anak syarikat DRB Hicom di Pekan.

Biasanya majikan akan cuba memasukkan Company Handbook yang mengandungi rules dan polisi syarikat (Peraturan, Aturcara dan Polisi)- di mana jika dilihat setengah daripada buku ini ada menyeneraikan beratusan jenis salah-laku(misconduct), di mana setengah daripada ini begitu lebar sehingga boleh digunakan dengan berbagai cara untuk tujuan memberhentikan kerja pekerja. Kadang-kadang, senarai salah-laku ini tidakpun diklaskan samada ianya merupakan salah-laku kecil yang akan membawa kepada 'penalti, amaran,... atau salah-laku besar yang akan membawa kepada pemberhentian kerja. 

Apa-apa rujukan(tanpa apa-aba syarat atau bantahan) kepada Handbook atau Aturan Syarikat dalam CA/CBA secara otomatis boleh dianggap sebagai pengakuan dan penerimaan semua apa yang terkandung dalam buku majikan ini - Ini sangat bahaya. Maka,  JANGAN sama sekali merujuk kepada buku rules dan/atau polisi syarikat di dalam CA. Jika mahu menerima pakai mana-mana bahagian, buat rujukan khusus kepada Bahagian, muka surat, perenggan apa atau peruntukan apa-apa. Nyatakan juga edisi apa(tahun dicetak) untuk keselamatan.

Amalan terbaik adalah untuk memasukkan senarai 'salah laku' yang boleh diterima terus ke dalam CA/CBA. Pastikan diskripsi salah-laku adalah jelas - bukan sesuatu yang kurang jelas dan kemungkinan boleh disalahgunakan. Pastikan bahawa salah-laku berkenaan dihadkan kepada 'work performance', kelakuan semasa kerja atau yang boleh diterima. Pastikan salahlaku itu jelas sekali.

Kita meneliti bebarapa 'salah laku' yang majikan cuba masukkan TETAPI UNION/Pekerja mesti bantah..

Menjatuhkan imej atau nama baik syarikat melalui apa-apa cara sama ada cara lisan, tulisan atau perbuatan.
Ini adalah contoh 'salah laku' yang sangat am... dan ianya sememangnya harus tidak diterima pekerja.

Mengapa?

1 - Pekerja di ambil kerja untuk melakukan kerja khusus syarikat - dia tidak ada obligasi menaikkan imej atau nama baik syarikat - ini semua bukan tugas atau tanggungjawab pekerja. Justeru, menjatuhkan imej atau nama baik syarikat tidak boleh dijadikan salah laku. [Lain jika ia ditujukan kepada seorang Pengarah syarikat, CEO, COO atau orang yang boleh dikatakan dilihat khalayak ramai sebagai orang yang mewakili syarikat...]

2 - Jika pekerja ditindas syarikat, cara biasa pekerja atau Union lawan majikan adalah dengan cara 'memalukan' syarikat, merayu masyarakat umum dan pihak lain membantu memberikan tekanan kepada syarikat supaya syarikat berhenti penindasan tersebut, pencabulan hak pekerja tersebut,...ini sahaja 'senjata' perjuangan pekerja - selain daripada mogok(strike) di mana pekerja berhenti kerja menjejaskan pendapatan majikan, atau 'go slow'(kerja perlahan) atau tindakan kerja ikut masa normal (tak mahu buat kerja lebih masa atau apa-apa kerja tambahan luar skop kerja biasa. - kini apabila-bila pekerja atau union mengunakan taktik 'namakan dan malukan' (nama and shame tactic) - majikan boleh memulakan tindakan disiplin mengunakan salah laku yang dinyatakan di atas. - Inilah sebab mengapa 'salah laku' ini harus dikeluarkan daripada senarai salahlaku, atau secara alternatif hadkan supaya tak dipakai di dalam situasi perjuangan pekerja/kesatuan dalam perjuangkan hak pekerja.

Di kes syarikat DRB Hicom Pekan, inilah satu tuduhan salah laku yang telah digunakan oleh pihak syarikat...

Oh ya, tuduhan sama mungkin juga akan digunakan majikan jika pekerja keluar beramai-ramai memprotes tindakan salah syarikat terhadap rakan pekerja - tetapi jika ramai yang keluar protes, sukar majikan mengambil tindakan terhadap semua pekerja - dan pekerja boleh menang dan menghalang ketidakadilan menimpa rakan pekerja.

Kita harus mengingati mangsa salah laku sedemikian -

* National Union of Journalists (NUJ) president Hata Wahari
 
* Abdul Jamil Jalaludeen and Chen Ka Fatt dari NUBE(National Union of Banking Employees)



Maka, HARUS pekerja atau UNION memastikan bahawa salah laku yang dinyatakan di atas mengenai imej dan nama baik syarikat dikeluarkan daripada senarai salah-laku.

Kewujudan salah laku tersebut akan menjejaskan kebolehan pekerja berjuang untuk hak pekerja atau berjuang memastikan ketidakadilan tidak menimpa rakan pekerja.

Sekian dulu, saya akan memberikan pendapat mengenai salah-laku lain dan perkara lain dalam masa akan datang.

No comments:

Post a Comment