Tuesday, July 14, 2015

UNION akan lemah jika semangat kesaudaraan, solidariti dan perjuangan antara ahli tidak dikembangan?

UNION - ini merupakan platform 'pekerja bersatu' berjuang BERSAMA tanpa mengira risiko untuk hak pekerja.

BERSAMA - ini sudah dilupakan 
- kini ramai ahli hanya mengharapkan kepimpinan yang dilantik untuk berjuang untuk mereka, tanggungjawab ahli hanya membuat bayaran ahli.

- kini ramai ahli hanya mencari union bila menghadapi masalah peribadi - kena tindakan disiplin atau ugutan akan dibuang kerja 

- kini ramai pemimpin Union mahu hanya berjuang sendiri - tidak BERSAMA ahli - semua keputusan dibuat pemimpin, semua tindakan dilakukan pemimpin atau atas arahan pemimpin... Jika ahli ada masalah, pemimpin mahu ahli datang kepada mereka dan nyatakan, dan pemimpin kata, "Don't Worry Be Happy - Saya akan memikirkan dan cuba uruskan" - Ada pemimpin yang akan menyatakan 'Itu hal peribadi - senang saja buat complain dekat Labour Office(atau kini HR office), ada pula yang akan mengatakan complain saja kepada HR Majikan...  

Sehingga ada REFORMASI atau TRANSFORMASI Budaya Union, sukar sangat untuk berjuang untuk hak dan keadaan kerja yang lebih baik...

ORGANISING - erti perkataan itu kini hanya untuk tujuan mengalakkan pekerja menyertai Union sebagai ahli ...atau menyokong dalam usaha supaya Union mendapat pengiktirafan(recognition) majikan - ...khususnya untuk mendapatkan jumlah undi perlu semasa 'secret ballot'... selepas itu nampaknya usaha 'memperkasakan ahli union...yang membawa kepada peningkatan kuasa union' terhenti - 'organising; berterusan terhenti...

Pilihanraya union diadakan, pemimpin dipilih...samada di peringkat Nasional/Negeri/Regional ...dan seterusnya 'worksite committee' dipilih... memang benar, worksite committee dan jawatankuasa pusat union kerap ada mesyuarat dan perbincangan - tetapi apa yang terpinggir adalah ahli union...dan ini menjadi masalah kerana perhubungan ahli dan ahli, dan perhubungan ahli dan kepimpinan menjadi longgar...dan akhirnya menjadi lemah sekali. Masalah timbuk kerana pemilihan banyak Union adalah 3 tahun sekali - bukan setiap tahun sekali...kerana kepimpinan yang tidak sentiasa dipantau atau dicabar ahli boleh menjadi malas...dan...

Mesyuarat Ahli - di banyak negara lain, usaha dibuat untuk mengadakan perjumpaan sedemikian sekurang-kurangnya sekali setiap bulan ( atau dua kali sebulan) - di mana dalam perjumpaan itu ahli bebas dan terbuka untuk menimbulkan isu, komen, persoalan... dan perbincangan diadakan. Union berbeda dengan parti politik atau persatuan lain, di mana semua memanggil ahli union 'Brother' atau 'Sister' - ya, panggilannya adalah dalam Bahasa Malaysia adalah 'saudara'... pangkat tidak dikira... kedudukan dalam tempat kerja tak dikira - semua sama dan semangat union adalah semangat 'kekeluargaan' - di mana dalam sesuatu keluarga, saya prihatin tentang ketidakadilan atau pencabulan hak yang berlaku kepada mana-mana saudara saya dalam union walaupun ianya tidak berlaku kepada diri saya > saya tetap akan berjuang untuk memastikan keadilan dicapai... [Contoh, saya kini bergaji RM2,000 tetapi ada 20 orang yang sehingga kini belum lagi menerima pembayaran Gaji Minima pun... dan mereka saudara saya, dan saya akan keluar berjuang bersungguh-sungguh untuk memastikan keadilan dicapai...]

Mesyuarat ahli semacam ini penting untuk mengeratkan 'persaudaraan' ...untuk menambahkan solidariti... Di setengah negara, kehadiran ahli di mesyuarat Union adalah WAJIB - kalau ponteng, kena tunjuk sebab mengapa keahlian tidak harus dibatalkan. Mengapa? Kuasa union adalah bergantung kepada bukan bilangan ahli - tetapi kesanggupan berapa ramai ahli sanggup keluar berjuang demi hak dan keadilan....tanpa takut kepada akibat peribadi yang akan menyusul akibat tindakan sedemikian... Berjuang demi Union... demi keadilan adalah jauh lebih penting daripada risiko peribadi. Ahli mesti yakin apa pun berlaku - tak perlu bimbang, kerana saudara ahli saya yang lain akan tetap bersama saya dalam semua masa suka dan duka...

Adakah Union anda telah masukkan dan Collective Bargaining Agreement untuk mendapatkan tempat di mana mesyuarat bulanan dapat diadakan - kalau majikan tak memberikan tempat perjumpaan, banyak tempat lain boleh digunakan > dewan orang ramai, taman, dsb.. 

Organising berterusan adalah sangat perlu untuk memupuk dan memperkasakan talian persaudaraan ini - di mana ini sangat perlu demi perjuangan bersama menuntut keadilan dan hak... 

Kalau dia hanya 'kerja sama tempat'...
Kalau dia hanya 'ahli sama Union'...
Kalau dia hanya 'kenalan saya'...
Kalau dia 'kawan baik'...
Kalau dia 'saudara saya'...
SIAPAKAH YANG AKAN KELUAR BERJUANG UNTUK SAYA? Pasti 'saudara saya' yang akan berkemungkinan keluar berjuang dan membantu...yang akan lebih prihatin. 

Maka, objektif utama Union harus memupuk semangat kesaudaraan.... dan bila kita panggil 'Bro' atau 'Sis', ia bukan sahaja 'panggilan sahaja' tetapi mengambarkan persaudaraan benar kami - mereka adik-beradik atau abang-kakak saya, dan pasti wajib keluar memastikan pencabulan hak dan ketidakadilan berhenti... dan kejayaan kepada semua saudara saya - ahli union..

Sering bertemu sebagai Union penting ... untuk menjana semangat persaudaraan - mesyuarat satu cara - tetapi ada cara lain juga... mengadakan majlis bersama sambutan Hari Raya, mungkin juga majlis sambutan hari jadi, dan membuat aktiviti bersama...Bila adalah yang terlantar di hospital - saudara akan prihatin dan cuba melawat atau membantu dengan apa cara yang boleh.. 

Siapa yang akan membawa perubahan ini? Pemimpin - mungkin ...atau mungkin dia sudah selesa dengan kedudukkannya dan 'cara kini' >> Pendapat saya, adalah ahli pun mengerakkan Union..

Pemimpin - jangan lupa ada beranika jenis - setengah hanya bertanding kerana mahu 'pangkat' - bukan kerana ada visi atau keinginan mahu menguatkan union, berjuang untuk lebih hak, berjuang menentang ketidakadilan,....memimpin dengan berani tanpa takut. Malangnya ramai pemimpin hanya kerana 'mahu pangkat'... atau kerana 'kawan minta supaya dapat majoriti dalam Jawatankuasa untuk 'control', kerana tidak ada orang yang mahu ke depan jadi pemimpin... Pemimpin akan leka jika ahli tidak menuntut... atau berdiam saja... Pemimpin juga ada yang baik ... di mana, kadang-kadang tak dapat bergerak kerana tak ada sokongan ahli..

Hati yang suci murni dan niat baik saja kadang-kadang tak memadai ...perlu juga pembelajaran lebi tentang cara-cara kepimpinan, cara-cara mengerakkan ahli, cara-cara organising berterusan, dll...

Jika ahli 'kuat', union akan kuat - dan untuk ini berlaku setiap ahli pun terpaksa diperkasakan - di mana setiap ahli mesti lebih fasih tentang hak, isu keadilan, isu semasa, dan lain-lain. Pengalaman dan pengetahuan ahli union juga harus bertambah - di mana ini akan berlaku melalui pendedahan dan perbincangan diantara ahli, pendedahan kepada pengalaman orang dan union lain, kefahaman tentang perkara socio-ekonomi-politik - bukan saha 'isu semasa' tetapi juga perlu analisa mengapa...apa berlaku, kaitan kepada pekerja dan union, dll... Justeru 'training', kursus, ceramah, perbincangan juga perlu sangat...

Kini, bila Union buat piket, yang sah mengikut undang-undang, bilangan ahli yang keluar menyertai ada tersangat kecil..

Kini bila perhimpunan May Day diadakan, bilangan yang keluar hadhir pun tersangat rendah memandangkan bilangan pekerja di Malaysia kini sudah lebih kurang 13 juta...

Ini semua membuat majikan dan juga kerajaan dan majikan tidak lagi takut kepada tuntutan union dan pekerja... 

Adakah era Union cara dan alat perjuangan hak dan keadilan untuk pekerja di Malaysia sudah berakhir? Atau adakah kita mahu TUKAR dan kembalikan Union sebagai alat perjuangan yang kuat yang disegani majikan dan kerajaan? Keputusan adalah di tangan pekerja...

PERSOALAN :- Adakah Union dan ahli Union akan kekal saperti sedia ada, atau adakah akan mula bergerak ke arah membawa transformasi atau reformasi kepada budaya union supaya Union menjadi lebih kuat dan berkesan dalam perjuangan demi hak dan keadilan?





No comments:

Post a Comment