Friday, July 24, 2015

Union Malaysia 'takut' berjuang dengan majikan? - asyik buat aduan harapkan kerajaan menyelesaikan?

Bagaimana UNION berjuang dengan majikan menuntut hak, menentang ketidakadilan, dll...?

Masalah kini, cara perjuangan nampaknya hanya dengan 'memfailkan aduan' kepada Jabatan Kementerian Sumber Manusia/Ministry of Human Resources(MOHR) -  di mana akibat ini 'kerajaan' akan masuk cuba mengatasi masalah di antara pekerja/UNION dan majikan - di mana proses ini biasanya adalah panjang 

- bermula mungkin dengan usaha(conciliation) > usaha mendapatkan kedua-dua pihak 'settle';

-   jika tak dapat, ianya mengkin akan dirujuk kepada Mahkamah Buruh(kini Mahkamah Sumber Manusia) atau Mahkamah Perusahaan(Industrial Court)...keputusan kini di tangan pihak ketiga, iaitu Mahkamah > kalau pihak tak setuju, boleh pula buat Judicial Review(Semakan Kehakiman) atau Rayuan(Appeal) kepada Mahkamah Tinggi...Mahkamah Rayuan/Persekutuan...>> semua ini memakan masa lama - bertahun-tahun lamanya...dan ini bukan 'medan perjuangan' yang adil? Sumber dan dana lebih berpihak majikan - bukan pekerja. Kerajaan Malaysia kini pun boleh dilihat lebih berpihak majikan. Undang-undang pun nampaknya pro-majikan [jika dilihat sejarah pindaan undang-undang, adakah terdapat berapa peratus pindaan berpihak pekerja? 0?]

Tapi, jika tak ada UNION pun, pekerja sendiri boleh melakukan ini >>> buat aduan kepada pihak kerajaan berkenaan.

Perjuangan bererti 'LAWAN' - di mana perjuangan diantara UNION dan Majikan harus dilakukan dalam semua arena mengunakan beranika jenis strategi dan cara... [tapi kini hanya SATU arena perjuangan digunakan > proses undang-undang - buat aduan dan biarkan proses undang-undang menyelesaikan pertikaian?]

Membuat Aduan adalah 'strategi terakhir' yang digunakan > Ini pendirian banyak UNION diluar negara...perjuangan/lawan akan dengan majikan mengunakan beranika cara dan gaya... bila semua tak berjaya, dan tak ada opsyen lain, baru akan pergi buat aduan kepada kerajaan...

Kuasa UNION adalah kuasa 'pekerja bersatu' - dan ini adalah kuasa besar yang majikan tidak boleh memandang ringan.

Majikan TAKUT apa yang akan berlaku jika 'pekerja bersatu' dan bertindak > jadi apakah tindakan yang ditakuti...

Majikan TAKUT bahawa reputasi syarikat dan jenama mereka akan tercemar -  semua syarikat mahu dilihat sebagai syarikat baik...adil(dan berlaku adil kepada pekerja dan union)...tidak eksploitasi pekerja...tidak mencemarkan alam sekitar...

Mengapa takut?

Kerana nanti orang ramai dan penguna mungkin akan memberi tekanan kepada majikan untuk lakukan apa yang adil dan wajar - kalau penguna mungkin akan gunakan kuasa penguna untuk 'boikot' barangan/perkhidmatan yang dibekalkan syarikat berkenaan.

Kerana nanti 'supplier' atau syarikat yang membeli barangan syarikat majikan, atau juga Brand besar yang ada kaitan dan hubungan perniagaan akan menilai semula perhubungan mereka > serta juga memberi tekanan kepada majikan menghormati hak asasi dan hak pekerja. Contoh, jika syarikat majikan 'assemble' kereta Volkswagen - ingin diketahui banyak Brand besar saperti Volkswagen juga ada pendirian menghormati hak asasi, hak pekerja dan lain-lain - justeru mereka akan memastikan bahawa semua syarikat yang membekal barangan kepada mereka, atau assembly kereta mereka juga adalah syarikat baik yang berlaku adil dan tidak eksploitasi pekerja... Justeru, jika diketahui ada berlaku pencabulan hak atau kelakuan tidak adil, pasti syarikat dan Brand besar akan juga memberi tekanan kepada syarikat Majikan..

Kerana takut negara lain yang adalah pemilik, pelabur atau merupakan syarikat berurusan dengan syarikat majikan yang ada warganegara negara mereka - negara lain juga akan memberikan tekanan untuk berlaku adil...

Kerana takut kepada kerajaan (kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan) yang memberi keupayaan beroperasi dan permit menjalankan perniagaan disesuatu lokaliti > jika tahu, tekanan juga akan diberikan kepada syarikat majikan untuk berlaku adil...

Kerana takut bahawa pemilik saham dan pelabur akan juga bertindak - Tiada siapa yang baik mahu melabur atau terus menjadi pemegang saham dalam syarikat yang tidak menghormati hak pekerja dan union.

Jadi, apa yang majikan lakukan untuk cuba mengatasi kuasa dan upaya pekerja untuk dedahkan/hebohkan ketidakadilan, sikap tidak adil majikan, pencabulan hak....satu perkara baru adalah dengan menjadikan apa-apa tindakan pekerja di dalam dan di luar masa kerja yang menjejaskan imej syarikat satu 'kesalahan kerja'(Employment Misconduct) - di mana secara wajar, ini tidak boleh dijadikan satu 'kesalahan kerja' atau 'pengingkaran kontrak kerja' khususnya apabila ianya adalah berkenaan isu perjuangan dapatkan hak, mendedahkan pencabulan hak atau ketidakadilan... Malangnya, banyak Union kata OK secara sengaja atau lalai apabila tandatangani CBA {Collective Bargaining Agreement/Perjanjian Bersama}. Begitu juga ramai pekerja tanda tangan kontrak perkhidmatan/kerja yang kata OK ...  Kalau pekerja buat silap, boleh dimaafkan kerana tak tahu...tetapi jika UNION yang buat silap ini, bagaimana... mungkin kena tukar kepimpinan? Mungkin kena betulkan kesilapan ini...

Dalam banyak CBA/CA, ada juga klausa menyatakan bahawa jika ada masalah/runggutan/dispute dengan syarikat majikan, pekerja kena bawa kepada line leader...selepas beberapa hari jika tak ada tindakan...bawa pula kepada Supervisor...selepas itu bawa pula kepada majikan...dsb > Objektif bagus untuk cuba selesaikan masalah...tetapi objektif sampingan adalah untuk memperlambatkan tindakan pekerja/union menghebohkan salah laku syarikat majikan [Soalan: Jika sudah ada Union - bukankah harus pekerja ahli union terus membawa isunya kepada Union, yang akan berurusan terus dengan syarikat majikan untuk menyelesaikan isu berkenaan...apa guna Union kerana pekerja seorang (tanpa penglibatan Union) kena buat semua?]

Yang anihnya, dalam CBA tak ada pula prosidur jika majikan ada 'masalah' dengan pekerja - secara adil, prosidur sama harus terpakai untuk syarikat majikan dan Union? Untuk pekerja, terus sahaja 'show cause'...dan tindakan disiplin... wajarkah?
 
UNION atau pekerja bersatu adalah sangat berkuasa > dan seharus tidak saja terus lari buat aduan >>> kerana bila sudah buat aduan, majikan senang kata bahawa pertikaian sudahpun dirujuk kepada pihak berkuasa > kita tunggu saha proses itu....dan biasa bertahun-tahun masa diambil...

Jika tidak terus lari buat aduan tetapi BERJUANG dengan majikan menuntut keadilan - pasti kemungkinan kejayaan atau penyelesaian akan lebih cepat sampai...

BERJUANG - mesti bersatu dan berjuang, mesti berjuang dengan mendapatkan sokongan luas... dari orang ramai, pengguna, union lain, NGO, kumpulan lain, MP, Senator, ....

PIKET adalah satu yang dibenarkan undang-undang > pekerja bersatu berhimpun dekat premis tempat kerja dan 'hebohkan' ketidakadilan dan merayu sokongan orang ramai...media...dll > di mana tindakan sedemikian akan menjejaskan imej MAJIKAN

Justeru - tak wajar pula dijadikan salahlaku kerja untuk melakukan sesuatu yang menjejaskan imej syarikat...khususnya bila adalah berkenaan perjuangan untuk hak dan keadilan...

BERJUANG --- cara perjuangan penting >>> sekali buat piket lepas itu...tak ada apa-apa...

Perjuangan mesti berterusan ...di mana objektif harus memberikan tekanan berterusan ...dan yang bertambah parah kepada majikan sehingga keadilan dicapai...pasti penyelesaian atau keadilan akan tercapai...

Tindakan UNION yang sangat berkesan ...adalah bila semua pekerja (atau majoriti besar) tidak mahu masuk kerja - ini dipanggil STRIKE atau MOGOK, di mana ini juga dibenarkan undang-undang di Malaysia...tindakan sedemikian akan menjejaskan perniagaan dan keuntungan majikan, dan majikan akan tidak berkemungkinan tidak bertindak melakukan apa yang betul...





No comments:

Post a Comment