Friday, February 8, 2013

Kesatuan Pekerja Proton tuntut kekal faedah sedia ada,...

3 tuntutan pekerja Proton adalah:- 
1-  Pelaksanaan secara adil gaji minimum, 
2 - Mengekalkan faedah sedia ada; dan 
3 - Memperkukuh amalan perundingan eksklusif dengan kesatuan.
 
 "...Setengah majikan  cuba mengelak obligasi membayar gaji minima, yang merupakan gaji pokok tidak termasauk kerja lebih masa, elaun sedia ada dan faedah kerja yang lain. Mereka cuba mengatur semula pembayaran kepada pekerja dengan memasukkan semua elaun lain, insentif dan faedah untuk sampai kepada angka RM900, di mana ini adalah salah. Setengah majikan cuba mendapatkan pekerja mereka menandatangani dokumen mempersetujui pindaan kepada pembayaran, di mana ini lebih mudah apabila tidak wujud kesatuan sekerja. Pekerja, secara umum, tidak ada tempat untuk mengadu, atau pilihan dalam hal perkara ini khususnya apabila kini ramai pekerja yang telah diambil kerja berasaskan kontrak pekerjaan jangka pendek. Keengganan pekerja bererti tidak ada pembaharuan/perlanjutan kontrak sedia ada atau tidak ada kontrak pekerjaan baru apabila kontrak sedia ada tamat.
 
...Kami mangambil pendirian bahawa semua pekerja, termasuk pekerja migrant, berhak menerima giji minima, di mana ini adalah gaji pokok dan tidak harus termasuk elaun, faedah dan insentif kerja  yang lain. Majikan tidak harus dibenarkan mengeluarkan apa-apa hak dan faedah yang wujud sebelum April 2012, iaitu tarikh Perintah Gaji Minima 2012 berkuatkuasa, daripada kontrak pekerjaan sedia ada dan yang akan datang...Kenyataan 79 pertubuhan dan kesatuan sekerja
 
Kesatuan Pekerja Proton beri kata dua isu gaji
Wartawan Sinar Harian
8 Februari 2013
Ahli Kesatuan Pekerja Proton
Ahli Kesatuan Pekerja Proton mengadakan perhimpunan di Tanjung Malim petang tadi.
 
TANJUNG MALIM - Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Tanjung Malim Sdn Bhd memberi tempoh seminggu kepada Kumpulan DRB-HICOM untuk menunaikan tiga tuntutan kesatuan itu.

Presidennya, Zainudin Dollah berkata, tiga tuntutan tersebut berkait pelaksanaan secara adil gaji minimum, mengekalkan faedah sedia ada dan memperkukuh amalan perundingan eksklusif dengan kesatuan.

"Sekiranya tidak ada apa-apa keputusan positif diambil dalam masa seminggu maka satu tindakan perusahaan akan dilakukan sebagaimana dibenarkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan," katanya ketika ditemui pada perhimpunan aman di Jalan Utama ke Kilang Proton di sini hari ini.

Kira-kira 800 ahli kesatuan itu berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada tuntutan dibawa.

No comments:

Post a Comment