Friday, February 15, 2013

Mengapa Pakatan Rakyat TIDAK mengambil pendirian jelas akan menghapuskan sistem contractor for labour?

Persoalan kini adalah mengapa Pakatan Rakyat TIDAK mengambil pendirian jelas akan menghapuskan sistem contractor for labour ini? Pastikan semua yang bekerja dikilang atau satu-satu tempat kerja adalah 'employee' kilang/tempat kerja tersebut dengan hak sepenuhnya menyertai union dan menikmati faedah CA? 

Ingin dinyatakanbahawa ramai wakil rakyat menentang pindaan yang menghalalkan sistem kontractor for labour - maka, pendirian jelas mengenai isu ini adalah konsisten...mungkin mereka yang dalam PR boleh berjuang untuk PR membuat penyataan jelas mengenai isu ini...(ini pendapat saya)

Untuk renunugan, petikan daripada Hansard mengenai debat ini...(jika mahu, boleh baca rekod lengkap, klik sahaja 'link' di bawah petikan ini)

8.24 mlm.

Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang untuk saya berucap walaupun sepuluh minit tetapi saya akan fokus kepada isu yang pokok yang saya bangkit iaitu definisi. Apakah definisi perhubungan pekerjaan ataupun definisi employment relationship. Apakah ciri-ciri yang merangkumi employment relationship?

Sebenarnya kalau kita baca buku-buku employment law, kita dapati bahawa ada dua definisi yang merangka employment relationship. Satu, adalah di mana majikan dan pekerja masuk dalam satu persetujuan, satu agreement iaitu contract of service di mana seorang diterima sebagai pekerja dan majikan menerima seorang sebagai pekerja, itu ciri pertama.

Ciri yang kedua, adalah lebih penting sebab ini berkait dengan isu yang kita bincang sekarang iaitu contractor for labor. Mengapa ini adalah penting sebab ciri yang kedua yang menentukan employment relationship ialah the employer is also the owner operator of the factory dengan izin. The owner operator of the factory, apakah maksudnya? Ini bermaksud bahawa owner operator itu memiliki mesin-mesin, dia memiliki satu factory, tempat di mana mereka mengeluarkan barang-barang dan juga hasil iaitu keuntungan itu pergi kepada seseorang owner operator. Ini adalah ciri-ciri seorang owner operator.

So, kalau kita nampak dua-dua ciri ini dan kita katakan ini adalah employment relationship, kita dapati bahawa Profesor Maimunah Aminuddin dalam buku beliau, 3rd Edition Malaysian Industrial Relations and Employment Law mengatakan bahawa dengan izin Tuan

DR 6.10.2011
DR 6.10.2011
150

Yang di-Pertua, “in determine the employment status of a worker, the courts has developed a number of test to assist in the decision making process” iaitu untuk menentukan status employment, pekerjaan. Pertama ialah, “thus the employer control when and how the work is done and who does it”. Kedua, “thus the employer provides the tools, raw materials and equipment necessary to do the work”. Ada lain-lain ciri tetapi ciri kedua, yang pokok ini jelas menunjukkan bahawa contractor of labor does not provide the tools, does not provide the raw materials, does not provide the equipment untuk membuat kerja. The contractor of labor hanya memberikan badan-badan iaitu pekerja untuk bekerja di satu kilang atau satu ladang getah dan sebagainya.So, apa yang kita buat sekarang ialah kita – kalau satu implikasi Tuan Yang di-Pertua, implikasi di sini ialah sekarang the principal company, kita katakan company A itu tidak lagi menjadi tanggungjawab kepada pekerja, they are not liable to the workers anymore dan sebenarnya mereka tidak lagi menjadi majikan. Apakah maksudnya? Ini bermaksud bahawa kalau saya seorang outsource worker dan saya pergi ke kilang, kerja di dalam kilang A. Kilang A itu tidak bertanggungjawab ke atas saya, mereka bukan majikan saya. Majikan saya ialah outsource company yang ada di luar. Itu adalah majikan saya, bukan kilang A yang saya bekerja. So, ini merupakan bahawa the principal company is no longer liable, no longer bertanggungjawab kepada kepentingan saya sebagai seorang pekerja. Therefore they have no responsibilities to the worker.

Sekarang oleh kerana pindaan. Kalau pindaan ini diluluskan, maka contractor of employer menjadi majikan baru. This is very serious. So, soalan saya yang saya hendak tujukan kepada pihak Menteri dan juga kementerian ialah untuk menjawab soalan ini iaitu saya hendak tanya kepada Menteri bagaimana contract of service can be established di antara contractor of labor dan pekerja bila contractor of labor is not owner operator. Kalau soalan ini boleh dijawab dengan sesuai, dengan... sekali, saya akan terima pandangan yang diberikan oleh pihak kementerian. Akan tetapi ini adalah perbincangan pokok kita pada hari ini dan apa yang dibuat sekarang ialah untuk sahkan, untuk halalkan satu yang tidak sah, to make legal what is illegal at
this time.

Isu yang kedua, kementerian ada mengatakan bahawa bill - rang undang-undang ini dibawa untuk perbincangan perbahasan ini untuk melindungi pekerja tetapi kalau kita tengok struktur terma outsourcing ini, mereka akan hantar satu kumpulan pekerja untuk dua bulan untuk bekerja dalam satu kilang A. Kemudian pekerja 40 hingga 50 orang itu akan ditukar kepada kilang B dan selepas itu kilang C. Kalau mereka di transfer dari kilang A, B dan C, masalah di sini ialah kilang itu tidak memenuhi recognition pekerja, recognition untuk menubuhkan trade union.

So, oleh sebab itu, masalah yang akan dihadapi oleh pekerja ialah mereka tidak boleh memilih dan juga realisasikan trade union yang dikatakan akan melindungi pekerja.

DR 6.10.2011
151
2030

Secara indirect, sebenarnya pihak kementerian hendak membunuh, hendak menghapuskan trade union di Malaysia dan ini bukan sahaja... - Petikan daripada Hansard DEWAN RAKYATPARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA, 6/10/2011(Khamis)

No comments:

Post a Comment