Friday, February 15, 2013

Mengapa Pakatan Rakyat TIDAK mengambil pendirian jelas akan menghapuskan sistem contractor for labour?

Persoalan kini adalah mengapa Pakatan Rakyat TIDAK mengambil pendirian jelas akan menghapuskan sistem contractor for labour ini? Pastikan semua yang bekerja dikilang atau satu-satu tempat kerja adalah 'employee' kilang/tempat kerja tersebut dengan hak sepenuhnya menyertai union dan menikmati faedah CA? 

Ingin dinyatakanbahawa ramai wakil rakyat menentang pindaan yang menghalalkan sistem kontractor for labour - maka, pendirian jelas mengenai isu ini adalah konsisten...mungkin mereka yang dalam PR boleh berjuang untuk PR membuat penyataan jelas mengenai isu ini...(ini pendapat saya)

Untuk renunugan, petikan daripada Hansard mengenai debat ini...(jika mahu, boleh baca rekod lengkap, klik sahaja 'link' di bawah petikan ini)

8.24 mlm.

Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang untuk saya berucap walaupun sepuluh minit tetapi saya akan fokus kepada isu yang pokok yang saya bangkit iaitu definisi. Apakah definisi perhubungan pekerjaan ataupun definisi employment relationship. Apakah ciri-ciri yang merangkumi employment relationship?

Sebenarnya kalau kita baca buku-buku employment law, kita dapati bahawa ada dua definisi yang merangka employment relationship. Satu, adalah di mana majikan dan pekerja masuk dalam satu persetujuan, satu agreement iaitu contract of service di mana seorang diterima sebagai pekerja dan majikan menerima seorang sebagai pekerja, itu ciri pertama.

Ciri yang kedua, adalah lebih penting sebab ini berkait dengan isu yang kita bincang sekarang iaitu contractor for labor. Mengapa ini adalah penting sebab ciri yang kedua yang menentukan employment relationship ialah the employer is also the owner operator of the factory dengan izin. The owner operator of the factory, apakah maksudnya? Ini bermaksud bahawa owner operator itu memiliki mesin-mesin, dia memiliki satu factory, tempat di mana mereka mengeluarkan barang-barang dan juga hasil iaitu keuntungan itu pergi kepada seseorang owner operator. Ini adalah ciri-ciri seorang owner operator.

So, kalau kita nampak dua-dua ciri ini dan kita katakan ini adalah employment relationship, kita dapati bahawa Profesor Maimunah Aminuddin dalam buku beliau, 3rd Edition Malaysian Industrial Relations and Employment Law mengatakan bahawa dengan izin Tuan

DR 6.10.2011
DR 6.10.2011
150

Yang di-Pertua, “in determine the employment status of a worker, the courts has developed a number of test to assist in the decision making process” iaitu untuk menentukan status employment, pekerjaan. Pertama ialah, “thus the employer control when and how the work is done and who does it”. Kedua, “thus the employer provides the tools, raw materials and equipment necessary to do the work”. Ada lain-lain ciri tetapi ciri kedua, yang pokok ini jelas menunjukkan bahawa contractor of labor does not provide the tools, does not provide the raw materials, does not provide the equipment untuk membuat kerja. The contractor of labor hanya memberikan badan-badan iaitu pekerja untuk bekerja di satu kilang atau satu ladang getah dan sebagainya.So, apa yang kita buat sekarang ialah kita – kalau satu implikasi Tuan Yang di-Pertua, implikasi di sini ialah sekarang the principal company, kita katakan company A itu tidak lagi menjadi tanggungjawab kepada pekerja, they are not liable to the workers anymore dan sebenarnya mereka tidak lagi menjadi majikan. Apakah maksudnya? Ini bermaksud bahawa kalau saya seorang outsource worker dan saya pergi ke kilang, kerja di dalam kilang A. Kilang A itu tidak bertanggungjawab ke atas saya, mereka bukan majikan saya. Majikan saya ialah outsource company yang ada di luar. Itu adalah majikan saya, bukan kilang A yang saya bekerja. So, ini merupakan bahawa the principal company is no longer liable, no longer bertanggungjawab kepada kepentingan saya sebagai seorang pekerja. Therefore they have no responsibilities to the worker.

Sekarang oleh kerana pindaan. Kalau pindaan ini diluluskan, maka contractor of employer menjadi majikan baru. This is very serious. So, soalan saya yang saya hendak tujukan kepada pihak Menteri dan juga kementerian ialah untuk menjawab soalan ini iaitu saya hendak tanya kepada Menteri bagaimana contract of service can be established di antara contractor of labor dan pekerja bila contractor of labor is not owner operator. Kalau soalan ini boleh dijawab dengan sesuai, dengan... sekali, saya akan terima pandangan yang diberikan oleh pihak kementerian. Akan tetapi ini adalah perbincangan pokok kita pada hari ini dan apa yang dibuat sekarang ialah untuk sahkan, untuk halalkan satu yang tidak sah, to make legal what is illegal at
this time.

Isu yang kedua, kementerian ada mengatakan bahawa bill - rang undang-undang ini dibawa untuk perbincangan perbahasan ini untuk melindungi pekerja tetapi kalau kita tengok struktur terma outsourcing ini, mereka akan hantar satu kumpulan pekerja untuk dua bulan untuk bekerja dalam satu kilang A. Kemudian pekerja 40 hingga 50 orang itu akan ditukar kepada kilang B dan selepas itu kilang C. Kalau mereka di transfer dari kilang A, B dan C, masalah di sini ialah kilang itu tidak memenuhi recognition pekerja, recognition untuk menubuhkan trade union.

So, oleh sebab itu, masalah yang akan dihadapi oleh pekerja ialah mereka tidak boleh memilih dan juga realisasikan trade union yang dikatakan akan melindungi pekerja.

DR 6.10.2011
151
2030

Secara indirect, sebenarnya pihak kementerian hendak membunuh, hendak menghapuskan trade union di Malaysia dan ini bukan sahaja... - Petikan daripada Hansard DEWAN RAKYATPARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA, 6/10/2011(Khamis)

NUBE picket di hadapan CIMB Temerloh...

NUBE picket di hadapan CIMB Temerloh...






Thursday, February 14, 2013

500 pekerja kilang DRB-Hicom, Pekan, Pahang berpiketmenuntut hak mereka untuk mendapat kenaikan gaji

Lebih 500 pekerja kilang berpiket di Pekan isu gaji minimum

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 11 Feb: Lebih 500 pekerja kilang DRB-Hicom, Pekan, Pahang berpiket di hadapan premis tersebut Sabtu lalu menuntut hak mereka untuk mendapat kenaikan gaji dan jawatan setara yang diperoleh pekerja baru.

Senator, Syed Shahir Syed Mohamud yang juga Penasihat Kesatuan Pekerja-Pekerja DRB-Hicom Berhad, Pekan berkata, isu itu timbul ekoran penguatkuasaan gaji minimum kerajaan Umno BN RM900.

“Hanya mereka yang bergaji bawah RM900 dinaikkan. Manakala pekerja yang sudah lama dan bergaji atas sedikit dari RM900 tidak mendapat apa-apa kenaikan. Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan RM920 misalnya? Sedangkan mereka sudah lama bekerja,” jelas Syed Shahir ketika dihubungi.

Pekerja-pekerja tersebut juga tidak berpuas hati dengan kenaikan pangkat yang sepatutnya dinikmati tetapi diberi kepada ‘orang luar’.

“Pihak pengurusan sepatutnya ambil kira sumbangan dan pengalaman yang ditunjukkan pekerja yang berkhidmat lebih 10 hingga 15 tahun. Tetapi sampai sekarang tidak dinaikkan pangkat kerana pihak syarikat lebih gemar mengambil orang luar,” katanya.

“Kita tahu persatuan tidak boleh masuk campur urusan pekerja yang diambil bekerja, tetapi kita nak pengurusan kaji dasar itu. Peluang sepatutnya diberi kepada pekerja yang berkhidmat lebih lama,” jelas bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu.

“Namun, apa yang berlaku sekarang, syarikat ambil pekerja luar dan nafikan peluang untuk pekerja lama naik pangkat,” katanya lagi.

Menurutnya, perhimpunan itu bertujuan meminta pengurusan syarikat mengadakan rundingan dengan kesatuan berhubung tangga gaji bersesuaian untuk semua pekerja serta mengkaji semula dasar pengambilan dan kenaikan pangkat.

Bantahan ini besar kemungkinan bersangkutan tidak puas hati pekerja dengan RM900 gaji minimum yang dilaksana kerajaan Umno BN di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Berbeza dengan Pakatan Rakyat, gaji minimum RM1,100 yang ditawar kepada golongan pekerja tetap dilaksana jika gabungan itu diberi mandat mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan tersebut diputuskan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk kesatuan sekerja, majikan dan pakar ekonomi. - Keadilan Daily, 11/2/2013, Lebih 500 pekerja kilang berpiket di Pekan isu gaji minimum


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44783

Friday, February 8, 2013

Kesatuan Pekerja Proton tuntut kekal faedah sedia ada,...

3 tuntutan pekerja Proton adalah:- 
1-  Pelaksanaan secara adil gaji minimum, 
2 - Mengekalkan faedah sedia ada; dan 
3 - Memperkukuh amalan perundingan eksklusif dengan kesatuan.
 
 "...Setengah majikan  cuba mengelak obligasi membayar gaji minima, yang merupakan gaji pokok tidak termasauk kerja lebih masa, elaun sedia ada dan faedah kerja yang lain. Mereka cuba mengatur semula pembayaran kepada pekerja dengan memasukkan semua elaun lain, insentif dan faedah untuk sampai kepada angka RM900, di mana ini adalah salah. Setengah majikan cuba mendapatkan pekerja mereka menandatangani dokumen mempersetujui pindaan kepada pembayaran, di mana ini lebih mudah apabila tidak wujud kesatuan sekerja. Pekerja, secara umum, tidak ada tempat untuk mengadu, atau pilihan dalam hal perkara ini khususnya apabila kini ramai pekerja yang telah diambil kerja berasaskan kontrak pekerjaan jangka pendek. Keengganan pekerja bererti tidak ada pembaharuan/perlanjutan kontrak sedia ada atau tidak ada kontrak pekerjaan baru apabila kontrak sedia ada tamat.
 
...Kami mangambil pendirian bahawa semua pekerja, termasuk pekerja migrant, berhak menerima giji minima, di mana ini adalah gaji pokok dan tidak harus termasuk elaun, faedah dan insentif kerja  yang lain. Majikan tidak harus dibenarkan mengeluarkan apa-apa hak dan faedah yang wujud sebelum April 2012, iaitu tarikh Perintah Gaji Minima 2012 berkuatkuasa, daripada kontrak pekerjaan sedia ada dan yang akan datang...Kenyataan 79 pertubuhan dan kesatuan sekerja
 
Kesatuan Pekerja Proton beri kata dua isu gaji
Wartawan Sinar Harian
8 Februari 2013
Ahli Kesatuan Pekerja Proton
Ahli Kesatuan Pekerja Proton mengadakan perhimpunan di Tanjung Malim petang tadi.
 
TANJUNG MALIM - Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Tanjung Malim Sdn Bhd memberi tempoh seminggu kepada Kumpulan DRB-HICOM untuk menunaikan tiga tuntutan kesatuan itu.

Presidennya, Zainudin Dollah berkata, tiga tuntutan tersebut berkait pelaksanaan secara adil gaji minimum, mengekalkan faedah sedia ada dan memperkukuh amalan perundingan eksklusif dengan kesatuan.

"Sekiranya tidak ada apa-apa keputusan positif diambil dalam masa seminggu maka satu tindakan perusahaan akan dilakukan sebagaimana dibenarkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan," katanya ketika ditemui pada perhimpunan aman di Jalan Utama ke Kilang Proton di sini hari ini.

Kira-kira 800 ahli kesatuan itu berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada tuntutan dibawa.

1,000 pekerja Proton protes tentang gaji

1,000 pekerja Proton protes tentang gaji
 
 
Kira-kira 1,000 pekerja pengeluar kereta nasional, Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam mengadakan bantahan petang ini berhubung kenaikan minimum gaji bagi kakitangan sedia ada yang sebelum ini dibayar antara RM901 dan RM1,200 dan hanya mendapat kenaikan empat peratus.

Bantahan di Tanjung Malim, bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir sejam kemudian, ekoran pelaksanaan gaji minimum pada bulan Januari.

proton tanjung malim 080213 01Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Azmi
Jamaluddin berkata, pekerja peringkat rendah sebelum ini memperolehi gaji RM600 tetapi kini mendapat kenaikan RM300 berikutan pelaksanaan gaji minimum.

"Bagaimanapun, mereka dengan gaji RM901 hingga RM1,200 hanya diberikan kenaikan empat peratus. Ini hanya kenaikan minimum RM36 kepada RM40," katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, bantahan hari ini adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada majikan mereka.

proton tanjung malim 080213 04Kesatuan dalam surat bertarikh 17 Januari menyatakan mereka yang
mendapat gaji RM600 kini mendapat RM900 manakala mereka dengan gaji RM1,201 dan ke atas diberi pembayaran one-off.

Surat itu yang ditandatangani oleh Setiausaha kesatuan tersebut, Mohd Zaki Hairan menyatakan bahawa rundingan bermula pada bulan November tetapi tiada tanda-tanda penyelesaian dicapai.

Dalam satu kenyataan, Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Zainudin Dollah berkata pekerja mahukan penyusunan semula gaji bagi mereka yang memperolehi RM901 hingga RM1,200 bagi mendapatkan kenaikan yang setanding dengan mereka yang dinaikkan gaji dari RM600 kepada RM900.

proton shah alam protest 080213 01Sementara itu, Presiden Kesatuan Sekerja Elektronik Semenanjung
Malaysia (Wilayah Barat), Wan Noorulazhar Mohd Hanafiah berkata 700 pekerja berkumpul di sebelah kilang Proton Shah Alam untuk menuntut pelarasan gaji berikutan pelaksanaan gaji minimum.

Beliau berkata perhimpunan bermula jam 5.30 petang berhampiran kilang tersebut yang diketuai Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan, N Gopalkishnan.

Sementara itu, menurut laporan China Press, kira-kira 500 pekerja asing sebuah kilang perabot di Muar mengadakan mogok hari ini terhadap majikan mereka yang enggan melaksanakan gaji minimum - Malaysiakini, 8/2/2013, 1,000 pekerja Proton protes tentang gaji

Kesal gaji baru makin kurang (Sinar Harian)

Kesal gaji baru makin kurang
Wartawan Sinar Harian
8 Februari 2013
mogok
Mohd Yusof melahirkan kekecewaan pekerja terhadap gaji yang diterima bagi bulan Januari kepada Mohd Anuar, semalam.
mogok
Sebahagian pekerja membantah tindakan wakil majikan yang menghalang wartawan Sinar Harian bersama mereka, semalam.

FELDA TRIANG 2 - Lebih 200 pekerja ladang dekat sini, kesal apabila menerima pendapatan bersih antara RM300 hingga RM600 bagi Januari lalu, selepas pihak pengurusan menyelaraskan semua elaun sebagai gaji pokok mereka.
Ia berikutan pihak pengurusan Felda Plantation Sdn Bhd Triang 2 menyahut saranan Perdana Menteri supaya memberikan gaji minima RM900 sebulan.

Seorang pekerja, Mohd Yusof Ibrahim, 45, berkata, pihak pengurusan tidak pernah menerangkan mengenai perubahan pada gaji sehingga mereka terkejut melihat agihan gaji dalam slip gaji mereka.

Menurutnya, hampir semua elaun atau insentif yang diterima pekerja dimasukkan dalam gaji pokok menyebabkan gaji mereka berkurangan lebih separuh daripada biasa.

“Sebelum ini, kami dapat insentif khas sebanyak RM200, insentif kehadiran (RM85) dan elaun minyak motor (RM3 sehari) tetapi sekarang semua itu dimasukkan ke dalam gaji pokok.

“Jadi, kalau dah buat itu semata-mata untuk menjadikan gaji minima kami RM900, itu memang tidak wajar.

Memang kami tidak puas hati,” katanya semasa ditemui pada perhimpunan memprotes tindakan majikan menafikan hak mereka.

Sebelum ini katanya, upah bagi menuai buah sawit dikira 50 sen per tandan tetapi sistem itu diubah kepada per tan menyebabkan upah bagi setandan yang diperoleh tidak sampai 50 sen.

Mohd Yusof berkata, keadaan ini benar-benar mengelirukan pekerja malah ada yang beranggapan, pihak pengurusan sengaja mahu menipu pekerja kerana kejadian sama pernah berlaku dua kali sebelum ini.


Tidak faham teknik pengiraan
Sementara itu Rohaya Ismail, 46, berkata, keadaan ini turut berlaku kepada pekerja wanita yang mengutip biji lerai.

Menurutnya, sehingga kini, mereka masih tidak faham dengan teknik pengiraan gaji baru mereka kerana tiada penerangan diberikan.

“Kalau diikutkan, majikan kena bayar baki lebih RM500 setiap pekerja berikutan rombakan gaji yang mengelirukan itu.

“Dengan baki gaji bersih yang kami terima, apa yang termampu kami lakukan? Anak-anak masih kecil dan bersekolah, barang keperluan pula semuanya mahal sekarang ini. Ini penganiayaan kepada kami,” katanya.

Rohaya berkata, sepatutnya setelah lebih 10 tahun berkhidmat sebagai pekerja ladang di sini, mereka layak mendapat kenaikan gaji dari tahun ke tahun dan bukannya pengurangan gaji.

Sementara itu, Ishak Chik, 46, mahu majikan lebih telus mengenai perkara ini.

“Selalunya saya dapat antara RM800 hingga RM1,500, tetapi bulan lepas saya hanya dapat RM400.

“Saya faham kalau majikan tolak gaji masa saya bercuti tetapi saya ada juga buat kerja tambahan lain seperti cuci longkang seperti mana saya buat sebelum ini yang mempunyai elaun bagi kerja itu,” katanya.


Janji teliti dokumen semula
Dalam pada itu, Pengurus Besar Wilayah, Felda Global Ventures Plantations (M) Sdn Bhd, Mohd Anuar Johari, memberi jaminan akan meneliti dan menyiasat kedudukan gaji mereka.

Menurutnya, berdasarkan pelaksanaan gaji minima itu, pekerja sepatutnya menerima gaji lebih tinggi daripada sebelumnya dan bukannya semakin berkurangan.

“Secara asasnya, gaji sekarang yang diterima mesti lebih dari sebelum ini dan sekiranya berlaku sebaliknya, saya percaya ada kesilapan yang berlaku.

“Jadi, saya sendiri akan meneliti semua dokumen berkaitan. Kalau benar ada kesilapan, kita akan bayar semula baki gaji pekerja terbabit,” katanya.

Beliau berkata, pekerja harus faham bahawa ada elaun yang boleh dimasukkan dalam gaji pokok namun akan membincangkan perkara itu pada Rabu depan.

Wednesday, February 6, 2013

75 - GAJI MINIMA UNTUK SEMUA TERMASUK PEKERJA MIGRAN - Tidak harus berlaku pemotongan gaji pekerja untuk majikan menebus bayaran levi –





Penterjemahan Bahasa Malaysia

Joint Statement/Kenyataan Bersama – 5/2/2013 - kini 75

GAJI MINIMA UNTUK SEMUA TERMASUK PEKERJA MIGRAN
- Tidak harus berlaku pemotongan gaji pekerja untuk majikan menebus bayaran levi –


Kami, 75 pertubuhan masyarakat umum, kesatuan sekerja dan kumpulan adalah terkejut dengan keputusan terkini cabinet Malaysia pada 30/1/2013 untuk membenarkan majikan pekerja migrant menebus kembali wang levi,  yang terpaksa majikan membayar kerajaan Malaysia untuk  mengambil pekerja migran kerja, daripada pekerja migrant melalui pemotongan gaji. 

Berasaskan undang-undang, pekerja di Malaysia seharusnya menerima gaji minima RM900[USD291] (Semenanjung Malaysia) dan RM800[USD259] (Sabah dan Sarawak) mulai 1/1/2013.Khalid Atan, Presiden Malaysian Trade Union Congress(MTUC) menyatakan bahawa jika kini pekerja migran diperlukan membayar levi, maka polisi gaji minima akan tidak memberikan mereka apa-apa faedah, kerana apa kelebihan yang akan dinikmati penambahan gaji akan hilang begitu sahaja untuk levi [“…if workers were asked to pay the levy, the minimum wages policy would not benefit them at all, as whatever little increase in salary they enjoyed, would be wiped out with the levy payment…” [Star, 10/1/2013, MTUC: Don't give in to employers' demand on foreign workers levy]]

Setengah majikan  cuba mengelak obligasi membayar gaji minima, yang merupakan gaji pokok tidak termasauk kerja lebih masa, elaun sedia ada dan faedah kerja yang lain. Mereka cuba mengatur semula pembayaran kepada pekerja dengan memasukkan semua elaun lain, insentif dan faedah untuk sampai kepada angka RM900, di mana ini adalah salah. Setengah majikan cuba mendapatkan pekerja mereka menandatangani dokumen mempersetujui pindaan kepada pembayaran, di mana ini lebih mudah apabila tidak wujud kesatuan sekerja. Pekerja, secara umum, tidak ada tempat untuk mengadu, atau pilihan dalam hal perkara ini khususnya apabila kini ramai pekerja yang telah diambil kerja berasaskan kontrak pekerjaan jangka pendek. Keengganan pekerja bererti tidak ada pembaharuan/perlanjutan kontrak sedia ada atau tidak ada kontrak pekerjaan baru apabila kontrak sedia ada tamat.

Untuk mengelak obligasi membayar gaji minima,  kerajaan Malaysia juga telah membenarkan majikan hak untuk memohon untuk penangguhan pembayaran gaji minima, dan melalui Perintah Gaji Minima(Pindaan) 2012 bertarikh 29/12/2012, nyata kerajaan telah mengizinkan lebih daripada 500 majikan penangguhan untuk mula membayar gaji minima. Apa yang salah dalam proses ini adalah bahawa pekerja yang akan terima padah keputusan ini (‘aggrieved’) dan/atau kesatuan sekerja mereka tidak diberikan sebarang hak untuk didengar sebelum permohonan majikan untuk menafikan hak pekerja ini untuk mendapatkan gaji minima ditangguhkan diputuskan.

Kerajaan Malaysia, dahulu, berasaskan permohonan setengah majikan, telah membenarkan majikan membuat potongan gaji dan/atau pendahuluan kepada pekerja bercanggah dengan peruntukan umum undang-undang, di mana ini dilakukan dengan niat membenarkan majikan mendapat kembali daripada pekerja migran segala belanja majikan membawa pekerja migrant tersebut untuk kerja untuk mereka di Malaysia. Kadang-kadang, ini bukan sahaja untuk majikan mendapatkan kembali levi yang telah dibayar sahaja, tetapi juga kesemua kos majikan untuk merekrut dan membawa masuk pekerja migran. Kebenaran ini juga telah diberikan tanpa konsultasi atau persetujuan pekerja atau kesatuan sekerja. Mulai 1/4/2009, kerajaan Malaysia menghentikan amalan ini, dan menjelaskan bahawa majikan yang sepatutnya membayar levi, dan majikan dihalang mendapatkan kembali wang ini daripada pekerja migran.

Labour Director-General Datuk Ismail Abdul Rahim dilapurkan menyatakan bahawa,”Rational disebalik tindakan memerlukan  majikan membayar levi adalah untuk tidak mengallakkan(‘discourage’) mereka  mendapatkan pekerja migrant[“…The rationale behind getting employers to bear the levy was to discourage them from employing foreigners…” [Star, 16/4/2009, Employers can deduct levy from wages, again]]. Maka, keputusan kini memerlukan pekerja migrant sendiri bayar levi sememangnya membatalkan niat kerajaan mengenakan levi , iaitu untuk tidak mangalakkan majikan mengambil pekerja migran.  

Keputusan baru kerajaan ini adalah untuk mengurangkan kos pengambillan pekerja majikan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah [ ‘… is to alleviate the hiring cost for employers, said Finance Minister II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah...’ [Star, 30/1/2013, Cabinet: Foreign workers to pay levy instead of employers with immediate effect]. Jika kerajaan Malaysia mahu mengurangkan masalah kewangan majikan yang mengambil pekerja migrant, secara wajar apa yang patut dilakukan oleh kerajaan adalah mengurangkan atau membatalkan levi tersebut – bukan sama sekali mengalihkan beban dari majikan kepada pekerja.

Pekerja migrant banyak berkorban apabila memilih datang ke Malaysia untuk bekerja dengan majikan. Mereka terpaksa meninggalkan suami/isteri, anak, keluarga dan kawan kerana undang-undang Malaysia hanya membenarkan pekerja migran sendiri masuk dan bekerja di Malaysia, di mana pekerja migrant juga dihalang jatuh cinta dan kahwin semasa tempoh pekerjaan di Malaysia, di mana ini kebiasaannya adalah untuk 5 tahun. Pekerja migrant juga biasa menghadapi kehutangan besar bila mereka ke Malaysia, kerana mereka terpaksa membayar, antara lain, ejen rekruitmen, di mana ini termasuk bayaran sah dan tidak sah. Semasa di Malaysia, mereka diikat kepada satu majikan – tidak ada hak menukar majikan. 

Bila mereka menuntut hak, walaupun melalui proses dan laluan yang sah, mereka biasanya diberhentikan kerja – di mana ini juga bermakna pembatalan visa/pas kerja mereka justeru hak untuk terus berada(atau bekerja) di Malaysia. Pembatalan pas/permit kerja dilakukan oleh kerajaan Malaysia tanpa mengambil kira sama ada terdapat aduan, tuntutan atau kes yang masih tertunggak yang belum selesai berkenaan hak pekerja.

Hakikat tidak tentu dan bahaya (‘precarious’) pekerja migrant menjadikan mereka terbuka dan senang dieksploitasi oleh majikan, yang sedar bahawa amat senang menafikan hak pekerja dan juga terlepas daripada undang-undang dengan mudah. Sehingga undang-undang dan polisi dipinda untuk menjamin hak pekerja migran, secara wajar pekerja migrant menjadi pekerja pilihan berbanding dengan pekerka tempatan kerana senang sekali mengeksploitasi pekerja migrant.

Kami menuntut kerajaan Malaysia segera menarik balik atau membatalkan keputusan kabinet Malaysia yang dibuat pada 30/1/2013(Rabu) membenarkan majikan pekerja migran mengambil kembali(recover) duit levi yang mereka bayar kerajaan melalui pemotongan gaji pekerja migran

Kami mangambil pendirian bahawa semua pekerja, termasuk pekerja migrant, berhak menerima giji minima, di mana ini adalah gaji pokok dan tidak harus termasuk elaun, faedah dan insentif kerja  yang lain. Majikan tidak harus dibenarkan mengeluarkan apa-apa hak dan faedah yang wujud sebelum April 2012, iaitu tarikh Perintah Gaji Minima 2012 berkuatkuasa, daripada kontrak pekerjaan sedia ada dan yang akan datang.

Kami juga menuntut kerajaan Malaysia untuk mansuhkan segala bentuk diskriminasi terhadap pekerja, berkenaan termasuk, diskriminasi berasaskan kewarganegaraan, jantina dan tempuh perjanjian kerja mereka. 

Charles Hector
Pranom Somwong
Syed Shahir Syed Mohamud

Bagi pihak 75 kumpulan yang dinyatakan: 


ALIRAN
Angkatan Rakyat Muda Parti Rakyat Malaysia (ARM-PRM)
Asian Migrant Centre (AMC), Hong Kong 
Asian Migrants Coordinating Body (AMCB) Hong Kong
Asia Monitor Resource Centre, Hong Kong
Asia Pacific Forum on Women, Law And Development (APWLD)
Asia Pacific Mission For Migrants (APMM ), Hong Kong
Association of Indonesian Migrant Worker in Hong Kong (ATKI-HK)
Bangladeshi Ovibashi Mohila Sramik Association (BOMSA)
Burma Campaign Malaysia
BWI (Building and Wood Worker's International)
CAW (Committee for Asian Women)
Centre for Human Rights and Development-Sri Lanka
Center for Orang  Asli Concerns (COAC), Malaysia
CEREAL - Centro de Reflexión y Acción Laboral – Guadalajara, Mexico
Clean Clothes Campaign( CCC )
Community Action Network (CAN), Malaysia
Community Development Services, Sri Lanka
COVA (Confederation of Voluntary Associations), India
Electronic Industry Employees Union Western Region (EIEUWR), Malaysia
Far East Overseas Nepalese Association (FEONA), Hong Kong
Filipino Migrant Workers Union (FMWU)
GoodElectronics Network
Human Rights Ambassador for Salem-News.com
IMA Research Foundation, Bangladesh
International Domestic Workers Network
Kesatuan Pekerja-Pekerja Polyplastics Asia Pacific Sdn Bhd.
Kesatuan Pekerja-Pekerja MHS Aviation Berhad
Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan (EIEUSR), Malaysia
LSCW (Legal Support for Children and Women), Cambodia
MADPET (Malaysians Against Death Penalty and Torture)
Malaysia Youth & Students Democratic Movement (DEMA)
MAP Foundation, Thailand
Migrant Domestic Workers Trust, India
Migrant Forum, India
Migrant Health Association in Korea
MIGRANTE International
Mindanao Migrants Center for Empowering Actions, Inc. (MMCEAI)
Mission For Migrant Workers - Hong Kong
MTUC (Malaysian Trade Union Congress)
Myanmar Ethnic Rohingyas Human Rights Organization Malaysia (MERHROM)
National Domestic Workers Movement, India
National Union of Transport Equipment & Allied Industries Workers (NUTEAIW)
Network of Action for Migrants in Malaysia (NAMM)
NLD-LA (National League for Democracy-Liberated Areas), Malaysia
NUBE (National Union of Banking Employees), Malaysia
OKUP (Ovibashi Karmi Unnayan Program) in Bangladesh
Parti Rakyat Malaysia(PRM)
Paper & Paper Products Manufacturing Employees' Union Of Malaysia (PPPMEU)
 Persatuan  Sahabat  Wanita, Selangor
Persatuan  Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
PILAR (United Indonesians in Hong Kong against Overcharging) , Hong Kong
Pusat KOMAS (KOMAS)
Saya Anak Bangsa Malaysia {SABM}
SUARAM, Malaysia
Tamilnadu Domestic Workers Union, India
Tamilnadu Domestic Workers Welfare Trust, India
Tenaganita, Malaysia
Transient Workers Count Too (TWC2), Singapore
United for Foreign Domestic Workers' Rights (UFDWR )
WAC, Philippines
WARBE Development Foundation-Bangladesh
Women Workers Lead
WH4C – Workers Hub For Change
Yayasan LINTAS NUSA - Batam – Indonesia

Solidaritas Perempuan (SP) / Women's Solidarity for Human Rights, Indonesia
SEWA (Self Employed Women’s Association), India
Electronic Industry Employees Union Eastern  Region(EIEUER), Malaysia[KSIEWTSM]  
MakeITFair
Nepal Labour Journalists' Association
Migrant  Care, Indonesia
CIMS (Centre for Indian Migrant's Studies)
United Filipinos in Hong Kong (UNIFIL-MIGRANTE-HK)
Kav LaOved – Protecting Workers' Rights
 





75 Groups:-MINIMUM WAGES FOR ALL WORKERS, INCLUDING MIGRANT WORKERS - No to Wage Deduction to recover Levy Payable By Employers -